awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM perkukuh perkhidmatan kaunter dan lapangan demi kesejahteraan rakyat

Bernama
Bernama
31/10/2025
13:15 MYT
JKM perkukuh perkhidmatan kaunter dan lapangan demi kesejahteraan rakyat
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menambah baik peranan serta perkhidmatan di kaunter dan di lapangan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. - Gambar fail/BERNAMA/JKM
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menambah baik peranan serta perkhidmatan di kaunter dan di lapangan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Dalam kenyataan hari ini, JKM memaklumkan pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap aduan, pandangan dan rungutan yang diterima berhubung pelaksanaan tanggungjawab serta peranan jabatan itu dalam memberikan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat.
"JKM menzahirkan komitmen berterusan untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap isu dan aduan yang diterima.
"Setiap maklum balas daripada rakyat amat dihargai kerana ia membantu JKM menambah baik mutu perkhidmatan serta memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap jabatan ini," menurut kenyataan itu.
JKM turut menasihati orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklum balas berkaitan kes kebajikan, aduan atau pertanyaan berserta bukti kukuh melalui saluran rasmi seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) dan Talian Kasih 15999.
Saluran rasmi lain termasuk aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999, emel [email protected], atau dengan hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di negeri dan daerah berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#perkhidmatan kaunter dan lapangan
#kebajikan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan