KUALA LUMPUR:Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebuah kelas dalam talian pada Rabu terganggu apabila seorang murid dipercayai memaparkan video lucah ketika sesi berkenaan berlangsung di Google Meet.
Portal Malaysiakini memetik dakwaan seorang guru dari sebuah sekolah di Kepong yang berkata peristiwa tersebut antara gangguan dan cabaran yang terpaksa dialaminya ketika menjalankan sesi PdPR.
Hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, beliau berkata tindakan di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.
“Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google Meet dengan menyiarkan video lucah.
"Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini, pada Rabu.
Ujarnya, murid berkenaan berani melakukan tindakan biadab demikian kerana memikirkan tiada tindakan yang boleh diambil, dan tiada perjumpaan secara bersemuka akan berlaku.
Seorang lagi guru yang enggan namanya didedah mendakwa beliau turut mengalami pengalaman serupa minggu lalu.
Ujarnya, kejadian tersebut telah mengganggu hampir 100 murid yang sedang menyertai sesi tersebut.
Guru berkenaan telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hasan menyifatkan perkara itu sebagai biadab yang melampau, dan perlu ‘diperangi’ segera.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berpandangan bahawa tindakan itu perlu dihentikan serta-merta, serta tindakan tuntas pembanterasan ke akar umbi.
“Pelajar-pelajar berkenaan bukan sahaja tidak menghormati guru yang menyampaikan ilmu tetapi juga menghalang rakan-rakan lain yg ingin menikmati pendidikan yang amat diperlukan masa kini.
"Langkah guru memaksa berhentikan pengajaran tersebut dipuji, dianggap sebagai langkah profesional dan boleh dicontohi warga pendidik lain," katanya kepada Malaysiakini.
Astro Awani
Thu Feb 04 2021
Cikgu N berkata tindakan yang di luar jangkaan itu memaksa beliau terus menghentikan sesi PdPR serta-merta. -Gambar hiasan
1,245 peserta tarian berpakaian etnik, Sarawak catat nama dalam MBOR
Sarawak menempah nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) untuk peserta terbanyak berpakaian etnik dalam persembahan tarian berkoreograf dengan penyertaan 1,245 individu di Tebingan Sungai Kuching pada Ahad.
Ewon harap Pesta Kaamatan dijadikan wadah penyatuan
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berharap Pesta Kaamatan juga perlu dijadikan sebagai wadah penyatuan masyakarat berbilang kaum di negara ini.
Pesta Kaamatan platform perkukuh perpaduan dan persefahaman kaum
Pesta Kaamatan peringkat Sandakan menyatukan pelbagai etnik di negeri itu dengan pelbagai program dan pertandingan yang disusun atur berdasarkan tema 'Kaamatan melangkaui Keterjaminan Makanan'.
Ditahan dalam keadaan mengaibkan, pasangan kekasih didenda RM4,500
Seorang juruteknik dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Ahad selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah hotel, baru-baru ini.
Menara Jendela Kampung Mangga Balung manfaatkan lebih 1,400 penduduk
Penduduk di Kampung Mangga Balung, Tawau dan kawasan sekitarnya amat bersyukur kerana akhirnya mereka dapat menikmati capaian internet dengan baik selepas menara jendela di kawasan mereka siap dan beroperasi sepenuhnya.
Kembalikan UPSR, Sarawak hargai sokongan KPM
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menghargai sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap leputusan Sarawak mengembalikan Ujian Penlaian Sekolah Rendah (UPSR)
Sarawak kaji mekanisme turbin hasilkan tenaga boleh diperbaharui
Sarawak akan mengkaji kaedah penjanaan bersama atau ‘cogeneration’ tenaga boleh diperbaharui melibatkan arang dan biojisim seperti yang dilakukan di negara jiran Thailand.
Sarawak kaji pendekatan kenaikan gaji minimum
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan pendekatan gaji inimum di Sarawak adalah berdasarkan produktiviti serta kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi masa hadapan.
Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahan hak perlembagaan Sabah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof menegaskan Jabatan Peguam Besar Negeri telah memainkan peranan penting dalam rundingan ini, memastikan tuntutan undang-undang dan perlembagaan Sabah diwakili dengan berkesan.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.
KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.
Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya
Bergelar seorang guru bukan satu tugas yang mudah namun menuntut kecekalan dan minat mendidik yang tinggi.
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, UNESCO usaha martabat bahasa orang asli
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meneruskan usaha mengangkat martabat bahasa orang asli di seluruh dunia.
Belanjawan 2023: Penyaluran dana pendidikan harus berpaksi data, pemantauan berterusan
Pelajar-pelajar ini bukan sahaja keciciran kerana situasi pandemik yang melanda dua tahun lalu, sebaliknya sudah bermula sejak bertahun lamanya
Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban
Tenaga pengajar baharu akan menggantikan sesi pengajaran enam guru yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dua minggu lalu.
KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari
Keputusan untuk menangguhkan cadangan tersebut susulan mengambil kira aspek terhadap kebajikan guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara.