KUALA LUMPUR:Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula hari ini bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan COVID-19 yang belum reda.
PdPR ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian dan kaedah ini boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang.
Menerusi pendekatan dalam talian, cara pembelajaran melalui capaian internet, peranti dan belajar secara ‘real time’. Bagi pelaksanaan luar talian pula murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.
Selain itu, untuk membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.
Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan, penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep manakala buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat latihan ulang kaji.
Guru akan mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.
Meskipun menerima pelbagai pandangan mengenai pelaksanaan PdPR, kita berharap kaedah pembelajaran ini akan berjaya dilaksanakan.
Kejayaan PdPR ini memerlukan sokongan semua pihak terutamannya KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga serta komuniti.
Pelaksanaan komprehensif ini diharap dapat memperkasa pendidikan digital negara dan pada masa yang sama kerajaan perlu menumpukan kepada meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti murid sekolah di seluruh negara.
Sinar Harian
Tue Jan 19 2021

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula hari ini bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum. -Gambar fail

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Perlombongan Emas | Pahang pertimbang perkenalkan Skim Pelombong Kecil
Kerajaan negeri Pahang mempertimbangkan cadangan laksana Skim Pelombong Kecil (SPK) yang diselaraskan Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC). Ia bagi membantu penduduk terutamanya di Kuala Lipis, untuk melakukan aktiviti perlombongan emas secara sah.

Parlimen | Pastikan semak dan imbang dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen, baik dari kerajaan, pembangkang, mahupun bebas, harus fokus sepenuhnya kepada perbincangan dan pendebatan berkaitan COVID-19 ketika Dewan Rakyat kembali bersidang. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau khuatir ada pihak tertentu yang begitu mengharapkan sidang dibuka, tetapi bukan untuk semak dan imbang, sebaliknya menjadi ‘semak dan samun’.

COVID-19 | Norma baharu diteruskan walaupun sudah divaksin
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun sudah menerima vaksin. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara ini penting bagi mengelak jangkitan baharu.

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.

Kenyataan bersama PH | Polis ambil keterangan Anwar Ibrahim
Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

Rempuh Kenderaan | Pemandu rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tambakan, berjaya diberkas.

10 Berita Pilihan - (26 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Guru Juara Digital MDEC guna TikTok dalam PdPR
Program #CikguJuaraDigital, MDEC mencari guru yang boleh menjadi penanda aras berkaitan dengan teknologi pendidikan di Malaysia.

Ebit Lew guna wang sumbangan TMJ beli 500 gajet
Pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk membeli sebanyak 500 unit gajet khas buat pelajar yang memerlukan.

Sabah guna V-Sat bantu pelajar ikuti sesi PdPR
Talian satelit atau V-Sat digunakan oleh kerajaan negeri Sabah sebagai penyelesaian jangka pendek bagi masalah talian Internet di negeri itu.

PdPR: Panjat bukit setinggi 150 meter, 5 kali seminggu demi ikuti sesi pembelajaran
Sekumpulan ibu bapa dan murid di Kampung Waluhu sanggup memanjat bukit setinggi 150 meter untuk mendapatkan akses internet bagi mengikuti sesi PdPR.

Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan
KPDNHEP akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik berikutan kenaikan harga barangan berkenaan pada masa ini.

PdPR bukan sahaja perlu kreatif, tetapi perlu ada elemen empati
Guru-guru kini perlu memasukkan elemen kreatif dan empati dalam mencari kaedah paling sesuai untuk pelajar mereka.

Ibu bapa, guru diminta beri pandangan berkenaan isu pendidikan
Ibu bapa diminta mengemukakan pandangan berhubung langkah untuk membolehkan semua pelajar sekolah dan universiti mendapat pendidikan yang terbaik dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19.

Aplikasi KPM eTextbook Reader ditambah baik
Pada masa yang sama, pelajar boleh membuat nota, menanda bahagian penting sama seperti menggunakan buku teks cetak dan juga mendapatkan rujukan tambahan melalui aplikasi tersebut.

PdPR: Telefon pintar ibu, arwah ayah perlu dikongsi tujuh beradik
Tujuh orang anak Saaidah terpaksa guna telefon bimbit bergilir-gilir untuk ikuti pembelajaran secara dalam talian.