GADGETS
Set kepala VR untuk tikus dibangunkan bagi mengkaji Alzheimer

Penyelidik dari Cornell University membangunkan set kepala VR untuk tikus bagi mengkaji penyakit otak manusia, khususnya Alzheimer. -Amanz
SET kepala VR digunakan manusia bagi tujuan hiburan. Dengan pengenalan set kepala realiti gabungan, dunia maya dan realiti boleh digabungkan secara lebih realistik.
Ringkasan AI
- Penyelidik dari Cornell University membangunkan set kepala VR untuk tikus bagi mengkaji penyakit otak manusia, khususnya Alzheimer.
- MouseGoggles digunakan untuk membaca aktiviti otak tikus dan mengesan aliran darah pada bahagian otak yang terjejas oleh Alzheimer.
- Kejayaan MouseGoggles memberi idea untuk membangunkan set kepala untuk haiwan yang lebih besar seperti tupai dan tikus mondok.
Dalam kajian terdahulu, saintis mendapati pengurangan aliran darah pada bahagian otak dikesan pada tikus yang menghidap penyakit Alzheimer.
Dengan meningkatkan semula aliran darah ke bahagian ini, sebahagian fungsi kognitif otak berjaya dikembalikan.
Bagi mencari cara mengembalikan aliran darah ini, saintis telah melakukan eksperimen ke atas tikus sejak sedekad lalu.
Namun, sistem skrin yang digunakan sekarang mengganggu subjek dan kerap kali reaksi yang diharapkan tidak berlaku.
Menggunakan skrin jam tangan pintar, MouseGoggles dihasilkan dan dalam ujian yang telah dilakukan, ia memberikan tindak balas yang diharapkan oleh penyelidik.
Tidak seperti set kepala yang disarung ke kepala, MouseGoggles adalah statik dengan tikus berdiri di atas sebiji bola yang berputar. Aliran darah pada bahagian korteks visual prima dan hipokampus kemudiannya dijejak.
Kejayaan membina MouseGoggles memberikan idea kepada penyelidik untuk membangunkan sebuah set kepala yang boleh disarung pada tupai dan tikus mondok yang bersaiz lebih besar. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami