KUALA LUMPUR:Masalah yang ditanggung pekerja yang bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) berpandangan, banyak permasalahan para pekerja masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Tegas Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani, kos pembelian peranti, caj utiliti seperti elektrik dan data internet masih kekal menjadi permasalahan para pekerja.
"Apabila bermulanya arahan bekerja dari rumah, semua keperluan asas atau peralatan bekerja amat kita perlukan seperti komputer meja dan komputer riba, subsidi utiliti meliputi elektrik dan data internet.
"Perkara itu telah kita suarakan supaya kerajaan memberi diskaun kepada majikan ataupun pekerja. Tambahan lagi, semua anak-anak kita belajar dari rumah. Untuk belajar dan bekerja dalam talian ini sememangnya menggunakan data internet yang banyak, sekali gus meningkatkan kos kepada pekerja.
"MTUC telah lama suarakan supaya kerajaan melihat semula, tetapi sehingga kini belum ada perbincangan secara khusus tiga pihak iaitu bersama Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan kerajaan untuk kita bincang bagi tangani isu-isu ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Malah, beliau akui para pekerja yang berkeluarga turut menanggung kos tinggi ekoran perlu menyediakan peranti pembelajaran serta data internet untuk anak-anak yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
"Dari segi keperluan peranti, memang telah ada potongan diskaun untuk pembelian komputer melalui pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tetapi kalau boleh kerajaan beri diskaun dalam menggalakkan lagi.
"Dari segi telekomunikasi, jika kita lihat di luar negara, kebanyakkan mereka yangb bekerja dari rumah itu diberi data percuma dan ia boleh membantulah pekerja.
"Malah, kerajaan perlu beri perhatian kepada mereka yang berada di luar bandar, akses internet agak sukar, jadi itu antara perkara yang perlu dipertimbang oleh kerajaan untuk pastikan mereka yang bekerja dari rumah ini efektif," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan dikemukakan MEF supaya kerajaan menambah insentif kepada pekerja dan majikan dalam mengurangkan bebanan sedia ada susulan arahan bekerja dari rumah.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Feb 13 2021
Para pekerja yang berkeluarga turut menanggung kos tinggi ekoran perlu menyediakan peranti pembelajaran serta data internet untuk anak-anak yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). - Foto Fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Pengeluaran komputer peribadi susut hampir 14% 2023
Laporan terkini IDC mengatakan pengeluaran komputer peribadi susut 13.9% sepanjang 2023 berbanding 2022.
Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah
Arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Kerja dari rumah, gaji kurang? Lokasi pejabat jadi penentu masa depan pekerjaan
Separuh daripada pekerjaan di Amerika Syarikat diunjurkan bebas menjelang 2030 dengan dua pertiga majikan kini menganggap kerja dari rumah atau kerja hibrid sebagai "norma baharu".
Bekerja dari rumah senangkan OKU
Setiap kali perlu keluar ke tempat kerja, kerisauan akan menyelubungi V. Murugeswaran yang lumpuh kedua-dua belah kaki.
Kanak-kanak tertembak ibu sedang bermesyuarat melalui panggilan video
Pistol itu dipercayai tidak berkunci dan dibiarkan seseorang di dalam rumah sebelum dijumpai kanak-kanak tersebut.
Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.
BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat
Pihak majikan atau syarikat tidak seharusnya mengganggu pekerja mereka apabila selesai tempoh bekerja khususnya ketika fasa bekerja dari rumah (BDR).
Hanya 60 peratus kakitangan awam Sabah dibenar bekerja di pejabat bermula esok
Kehadiran kakitangan awam negeri Sabah hanya dibenarkan sekurang-kurangnya 60 peratus beroperasi di pejabat.
Setahun kerja dari rumah, kerajaan perlu dengar masalah pekerja - MTUC
Para pekerja yang berkeluarga turut menanggung kos tinggi ekoran perlu menyediakan peranti pembelajaran serta data internet.