awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setia seorang suami cari isteri yang hilang ketika tsunami 2011

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
09/03/2021
13:05 MYT
Setia seorang suami cari isteri yang hilang ketika tsunami 2011
Takamatsu telah menyelam sebanyak 470 kali yang mana aktiviti berkenaan dilakukan setiap minggu sejak tujuh tahun lalu. - Sumber: imdb.com
ONAGAWA: SEPULUH tahun lalu, Yasuo Takamatsu kehilangan isterinya apabila tsunami membadai bandar Onagawa di Miyagi, Jepun.
Dua tahun kemudian, Takamatsu yang berusia 64 tahun itu, berjaya memperoleh lesen menyelam yang diperolehi khas untuk mencari isterinya yang hilang.
Sehingga hari ini, Takamatsu telah menyelam sebanyak 470 kali yang mana aktiviti berkenaan dilakukan setiap minggu sejak tujuh tahun lalu.
"Saya menyelam untuk isteri saya... jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan.
"Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa," katanya.
"Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan 'Adakah awak okay? Saya mahu pulang'. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang," katanya lagi.
Selain menyelam secara solo, setiap sebulan sekali, Takamatsu juga menyertai pihak berkuasa tempatan melakukan operasi pencarian untuk mencari sekitar 2,500 orang yang mayatnya masih belum dijumpai.
Sehingga kini, dia telah menemui album, pakaian dan artifak namun bukan bukan milik isterinya.
Tegasnya, selagi tubunya masih bergerak, dia akan terus menyelam untuk mencari isterinya.
Topic Berkaitan
#hilang
#Jepun
#Tsunami 2011
#menyelam
#Yasuo Takamatsu
#Onagawa
#Miyagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan