SHAH ALAM: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai doktor pokok atau arborist dalam perkhidmatannya bagi menambah baik pengurusan landskap di setiap kawasan perbandaran.
Beliau berkata bagi tujuan itu, setiap petugas landskap PBT perlu mengikuti kursus arborist anjuran Jabatan Landskap Negara bagi memastikan matlamat berkenaan dapat dicapai.
Mengakui terdapat PBT yang berdepan masalah kewangan dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok, Nga berkata usaha mewujudkan arborist perlu disusuli langkah memperkemas senarai inventori pokok di kawasan pentadbiran setiap PBT.
"Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah ada (inventori) jadi mereka tahu pokok mana, jenis apa, mana yang sihat atau perlu dipangkas ikut jadual.
"Penjagaan kesihatan dan penyelenggaraan serta inventori pokok amat penting terutama bagi yang sudah berusia," katanya.
Nga berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Forum Perbandaran Hijau 2024 dan sempena Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan buku 200 Malaysia's Native Trees For Street Planning yang kemudian akan diedar kepada setiap PBT sebagai panduan untuk menambah baik pengurusan pokok di kawasan perbandaran.
Nga berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyasarkan negara mencapai sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai eksport membabitkan penjualan produk landskap menjelang akhir 2024.
Beliau berkata penganjuran HLN adalah antara usaha KPKT ke arah mencapai sasaran itu dan melaluinya, negara dapat mempamerkan pencapaian, inovasi, teknologi serta produk membabitkan industri landskap yang dimiliki.
"Kita sudah kenal pasti beberapa pasaran berpotensi tinggi seperti Singapura di mana kebanyakan pokok serta produk landskap yang digunakan dibeli dari Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Nga berkata usaha mewujudkan arborist perlu disusuli langkah memperkemas senarai inventori pokok di kawasan pentadbiran setiap PBT. - Gambar fail/Bernama
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
Sekurang-kurangnya 13 maut, kereta api bertembung di India
Pelanggaran itu dipercayai berlaku apabila kereta api barangan merempuh bahagian belakang kereta api penumpang.
Kemeriahan sambutan Aidiladha di Terengganu tarik minat pelancong, pelajar asing
Seramai 21 pelancong dari Singapura dan 100 pelajar antarabangsa dari universiti tempatan menyertai sambutan Aidiladha di Terengganu.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Kerajaan timbang hukuman lebih berat kes curi kabel komunikasi
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan kes curi kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 hujung tahun ini
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata selain menambah baik Akta Kanak-Kanak 2001, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Kanak-Kanak.
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
AWANI Ringkas: Astro AWANI jenama berita paling dipercayai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Setiap PBT perlu ada doktor pokok untuk urus landskap - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyarankan agar pihak berkuasa tempatan mempunyai doktor pokok atau arborist dalam perkhidmatannya.