KUALA LUMPUR:Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Sabtu.
Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Rita Sosilawati di laman Instagramnya pada Ahad.
"Sejak dua, tiga hari lepas, suami kejap demam kejap okay selepas tu demam semula. Bila suami dah mula sakit tekak, saya sarankan suami untuk buat swab test (ujian swab).
“Ketika itu, saya baru lepas beli barang dapur dan kemudian suami maklumkan beliau disahkan positif COVID-19,” katanya kepada sebuah portal.
Rita berkata, suaminya perlu untuk membuat ujian saringan kerana sering berjumpa dengan ramai orang sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Rita, beliau dan keempat-empat anak telah diasingkan lebih awal sejak beberapa hari lalu ekoran keadaan kesihatan suaminya.
Dalam pada itu, Rita juga memaklumkan supaya kenalan mereka berdua dapat memberi masa serta ruang agar dapat fokus dalam pemulihan ketika menjalani kuarantin.
Astro Awani
Sun Jan 17 2021
Rita berkata, suaminya perlu untuk membuat ujian saringan kerana sering berjumpa dengan ramai orang sebagai langkah berjaga-jaga. -Gambar/ Facebook@ritadatososilawati
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia positif COVID-19
Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Rita Sosilawati di laman Instagramnya pada Ahad.