awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha politik PM ziarah penyanyi Sheqal, sampaikan sumbangan

Bernama
Bernama
09/03/2024
11:15 MYT
Setiausaha politik PM ziarah penyanyi Sheqal, sampaikan sumbangan
Ahmad Farhan (kiri) menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Sheqal yang kini berkerusi roda selepas diserang strok sebanyak empat kali. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada penyanyi Shahrin Salehuddin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, yang popular pada era 90-an dengan lagu Cinta Nusantara namun kini berkerusi roda selepas diserang strok sebanyak empat kali.
Sumbangan bagi membantu urusan harian dan perubatan seniman berusia 58 tahun itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang berkesempatan menziarahi penyanyi berkenaan di rumahnya.
"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah," menurut Anwar dalam catatan di laman Facebook.
Perdana Menteri turut berkongsi gambar Ahmad Farhan menziarahi Sheqal.
Penyanyi itu sebelum ini dilapor dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban l dan kini berehat di rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#hulur sumbangan
#Sheqa
#Cinta Nusantara
#strok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan