awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar

Bernama
Bernama
07/08/2024
05:15 MYT
SEZ Thailand:  Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula -  Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu diutarakan kepada Menteri Luar Negeri Thailand Maris Sangiampongsa, semasa kunjungan hormat yang diadakan semalam. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam zon tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu diutarakan kepada Menteri Luar Negeri Thailand Maris Sangiampongsa, semasa kunjungan hormat yang diadakan semalam.
"Penglibatan mereka (swasta dan syarikat pemula) boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ. Malah saya juga mencadangkan agar Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang Sungai Golok," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan hasil lawatan kerja beliau bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisn ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelatan pada Sabtu lepas.
Semasa lawatan kerja itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan tentang sektor getah dan industri makanan.
Menerusi hantaran sama, Anwar memakluman bahawa beliau dan Maris juga berbincang mengenai pengorekan muara Sungai Golok untuk menangani isu banjir bagi membantu komuniti di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang sering menghadapi masalah banjir hampir setiap tahun.
Selain itu, Anwar turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.
"Kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan ke-7, pada 19 Sept 2024," katanya.
Anwar sebelum ini, telah menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu menyegerakan Proses Dialog Damai tersebut.
Malaysia merupakan fasilitator bagi rundingan damai untuk menamatkan konflik yang berlangsung selama berpuluh tahun, memuncak pada Januari 2004 di wilayah selatan, termasuk Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.
Bekas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohd Rabin Basirdilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SEZ Thailand
#Anwar Ibrahim
#sektor swasta
#syarikat pemula
#Zon Ekonomi Khas
#Maris Sangiampongsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan