awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SFA minta biskut gajus Chewly dari Malaysia ditarik balik kerana tidak isytihar bahan alahan

Bernama
Bernama
06/03/2024
14:21 MYT
SFA minta biskut gajus Chewly dari Malaysia ditarik balik kerana tidak isytihar bahan alahan
Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti, mesti diisytiharkan pada label. - Facebook SFA
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik biskut Kacang Gajus Chewly dari Malaysia selepas kacang tanah yang dikesan dalam makanan itu tidak diisytiharkan pada pembungkusnya.
Agensi itu berkata memandangkan kacang tanah merupakan alergen yang boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada individu yang sensitif terhadapnya, SFA telah mengarahkan pengimport, Ja Lan Tiong Pte Ltd, menarik balik daripada pasaran kumpulan produk yang terlibat.
"Usaha menarik balik sedang dijalankan. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti, mesti diisytiharkan pada label pembungkusan makanan bagi melindungi pengguna yang mengalami alahan makanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Semua bahan dalam makanan yang telah dibungkus juga perlu dinyatakan pada label produk dalam mengikut susunan menurun berat kandungan bahan yang digunakan, menurut SFA.
Agensi itu menasihatkan mereka yang sensitif atau alah kepada kacang tanah dan telah mengambil produk yang terlibat supaya mendapatkan nasihat perubatan jika mereka mempunyai kebimbangan tentang kesihatan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SFA
#Singapura
#biskut gajus chewy
#Keselamatan makanan
#peraturan makanan
#bahan alahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan