KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya dilantik sebagai Pengarah Program Imunisasi Sabah bagi merancang dan melaksanakan pemberian vaksin dalam kadar lebih pantas serta efisien di negeri itu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata Shahelmey akan berperanan membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mencapai sasaran peratusan penduduk lengkap divaksin seperti ditetapkan.
Masidi berkata Shahelmey yang juga Exco Kesihatan Sabah akan mengawasi dan melakukan penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan berkaitan kemudahan dan keperluan mendadak di hospital-hospital di negeri itu yang diperlukan dari semasa ke semasa.
"Beliau juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar dari semasa ke semasa atau bila-bila diperlukan bagi memaklumkan perkembangan terbaru Program Imunisasi Negeri Sabah serta maklumat-maklumat lain yang perlu diketahui orang ramai," katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata sebanyak 1,844 kes positif baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 161,265 kes.
Masidi berkata jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 292 kes berbanding 2,136 kes direkodkan semalam, dengan dua kluster baharu melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja dilaporkan iaitu Kluster Sawit Simpang Batu 38, Nabawan; dan Kluster Bawah Bayu di Tuaran.
BACA: Pemandu, pembantu, penumpang kenderaan awam perlu lengkap divaksinasi - Masidi
Beliau berkata seramai 3,506 pesakit COVID-19 di Sabah sembuh dan dibenarkan keluar hospital sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif 130,818 pesakit sembuh di negeri itu, manakala seramai 4,866 pesakit masih menerima rawatan.
Katanya 31 kematian dilaporkan hari ini di 15 daerah iaitu Kota Kinabalu (lapan); Sandakan (enam); Kota Marudu (tiga); dua di Tawau dan Penampang; manakala masing-masing seorang di Semporna, Tuaran, Kalabakan, Beluran, Keningau, Kinabatangan, Telupid, Putatan, Papar dan Kunak.
Masidi berkata berdasarkan statistik Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sabah, sebanyak 45.49 peratus penduduk dewasa di negeri itu telah melengkapkan dua dos vaksin dan 63.98 peratus pula memperoleh satu dos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Shahelmey akan mengawasi dan melakukan penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan berkaitan kemudahan dan keperluan mendadak di hospital-hospital di Sabah. - Gambar fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Belanjawan 2025: Peruntukan infrastruktur penting untuk Sabah - Shahelmey
Kesinambungan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah amat penting demi manfaat rakyat.
Proses perolehan tender projek air Sabah diharap berjalan lancar - Shahelmey
Proses itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan telah diselesaikan dalam tempoh setahun lalu.
15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
KKR Sabah dalam proses stabil tekanan air - Shahelmey
KKR Sabah dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan keperluan asas itu diperoleh di seluruh kawasan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Sabah belum terima maklumat rasmi projek keretapi berkelajuan tinggi - Shahelmey
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata, belum ada pemakluman terperinci mengenainya setakat ini.
Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.
PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.