awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai

Shahelmey terima keputusan digantung keahlian UMNO dengan lapang dada

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
18/03/2023
11:50 MYT
Shahelmey terima keputusan digantung keahlian UMNO dengan lapang dada
Shahelmey tidak terkilan dengan pengumuman berkenaan dan masih kekal dengan pendiriannya sebelum ini. - Foto/ BERNAMA
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya menerima pengumuman yang mendakwa beliau telah digantung keahlian UMNO selama enam tahun dengan lapang dada.
Sambil menyifatkan keputusan itu sudah dijangka, beliau pada masa sama tidak terkilan dengan pengumuman berkenaan dan masih kekal dengan pendiriannya sebelum ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah III itu turut menganggap, keputusan terbabit meleraikan semua yang menjadi tanda tanya selama ini.
"Saya menerima maklum perkara itu dan ramai kenalan bertanyakan berita tersebut.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang makluman rasmi daripada UMNO dan dengan adanya pengumuman berita berkenaan, saya harap itu boleh dianggap sebagai berita rasmi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
BACA: Sokong Hajiji: UMNO gantung Ahli Parlimen Putatan 6 tahun
Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan kedudukan Shahelmey dalam parti digantung selama enam tahun.
Ia susulan tindakan Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Keramat itu yang menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan didakwa membelakangkan keputusan UMNO negeri, dalam kemelut politik Sabah, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Politik Sabah
#Shahelmey Yahya
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.