KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dimaklumkan bahawa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Ab Samad mendakwa sebanyak lapan kali bahawa RM1 juta diterimanya daripada Datuk Seri Najib Razak adalah wang gantian.
Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti LHDN, Penghibur Awam dan Pelbagai Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah, menjelaskan, Shahrir memaklumkan perkara berkenaan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Shahrir, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, pegawai LHDN menjelaskan pegawai SPRM itu tidak menunjukkan kepadanya dokumen tuntutan dan bayaran pendahuluan projek membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin.
Sebaliknya, saksi pendakwaan ke-21 itu hanya dimaklumkan mengenai penerimaan wang terbabit tanpa dokumen berkaitan untuk semakan audit.
Shahrir, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan.
Ia bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014.
Kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Saksi itu turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau tidak menemu bual Shahrir dan pihak yang memasukkan wang itu, selain bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu dituduh dahulu dan disiasat kemudian.
Beliau mengesahkan proses semakan cukai Shahrir bagi 2013 belum mula setakat 18 Januari 2021, namun bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, itu didakwa pada 20 Januari 2020.
Selain itu, Tuan Zulkfli menegaskan tidak melakukan audit terhadap wang itu kerana beliau tidak diminta untuk berbuat demikian, oleh pegawai atasan selepas aduan dibuat pegawai penyiasat SPRM secara lisan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 13 Disember depan.
Astro Awani
Fri Nov 04 2022

Shahrir, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan. - Gambar fail

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 Seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Doktor 'berputih mata', wang RM27,300 lesap diperdaya 'Tuan Shariff'
Seorang doktor 'berputih mata' kerugian RM27,300 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN

Setiausaha Kewangan Sarawak dilantik Ahli Lembaga Pengarah LHDN
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lantikan itu bukan sahaja dibuat bagi memenuhi permintaan kerajaan Sarawak tetapi turut bersandarkan kepada profesionalisme dan pengalaman.

Pembayar cukai diberi pilihan guna Nombor Pengenalan Cukai atau Nombor Bil sebagai rujukan
LHDN benarkan lanjutan masa hingga 20 Jan ini bagi pembayaran semua jenis cukai kecuali PCB dan Duti Setem.

Shahrir Samad dilepas, bebas pertuduhan gagal isytihar wang RM1 juta
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh.

MTUC gesa campur tangan kerajaan bela nasib bekas pekerja kontrak LHDN
Sejumlah 958 bekas pekerja sambilan Gred 21 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditamatkan kontrak pada 31 Disember lepas.

Program Memfail Borang Nyata bagi 2023 boleh diakses melalui portal LHDN
Pengemukaan data saraan pekerja bagi 2022 boleh dilakukan melalui portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bermula hari ini hingga 25 Februari.

'Nombor Bil' dijadikan mandatori mulai esok - LHDN
Dalam tempoh peralihan kepada penggunaan nombor bil, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan.

LHDN, JKDM diminta lebih kreatif perangi ekonomi gelap
Aktiviti ekonomi gelap kini dianggarkan pada sekitar 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Tukang tilik warga India mengaku tidak bersalah tipu pegawai LHDN setengah juta Ringgit
Tertuduh memperdaya mangsa yang juga seorang wanita untuk mempercayai dirinya boleh menilik nasib dan mengubati penyakit.

Shahrir perlu lapor wang RM1 juta yang diterima kepada LHDN - Pegawai LHDN
Wang itu perlu dilapor bagi LHDN menentukan sama ada wang tersebut merupakan pendapatan yang perlu dicukai atau sebaliknya.