Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi institut penyelidikan dan pemikir yang ditubuhkan UMNO Johor.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata institut itu diyakini dapat memberi manfaat kepada orang Melayu supaya tidak terus ketinggalan berbanding kaum lain di negara ini.
"Penubuhan institut yang diumumkan pada Konvensyen Umno Johor ini akan melakukan penyelidikan terhadap isu-isu sedia ada. Hasil daripada itu, ia akan dibawa ke 26 bahagian Umno di negeri ini bagi mendapatkan input atau cadangan dan kemudian dirumus untuk dikemukakan kepada parti serta kerajaan," katanya.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian kepada pemberita pada penutupan Konvensyen UMNO Johor, di sini, Sabtu.
Beliau berkata antara isu yang akan diberi penekanan oleh institut berkenaan termasuk mengupayakan orang Melayu supaya lebih berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya sektor ekonomi.
"Kita percaya Shahrir akan mencari golongan cerdik pandai dan pemikir dalam kalangan UMNO Johor yang akan dilibatkan dalam institut ini dan kemudian menentukan bidang-bidang yang akan diberikan perhatian," kata Menteri Besar.
Sementara itu, Shahrir berkata pihaknya akan berusaha untuk mengkaji dasar-dasar awam, menguatkan kedudukan ekonomi, pendidikan, peranan orang Melayu dan Umno ke arah lebih hadapan.
Menurutnya, idea untuk mewujudkan institut tersebut dicetus Mohamed Khaled beberapa bulan lepas supaya Umno selaku peneraju kerajaan Barisan Nasional (BN) terus relevan dalam kalangan rakyat.
Shahrir yang berkecimpung dalam UMNO lebih 40 tahun berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat untuk melengkapkan penubuhan institut itu sebelum ia digerakkan sepenuhnya awal tahun depan.
Bernama
Sat Nov 15 2014
Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat untuk melengkapkan penubuhan institut itu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.