NATIONAL
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berucap pada perasmian Program Pemindahan Ilmu Lestari Pengkukuhan Ekonomi Serta Pemerkasaan Ilmu Penduduk Felda Bukit Aping Timur. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dilakukan bagi memahami fakta di sebalik keputusan tidak meneruskan semakan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes itu.
Ringkasan AI
- RCI ditubuhkan untuk menyiasat keputusan tidak membuat semakan ICJ mengenai kedaulatan Batu Puteh, yang menyebabkan Malaysia kehilangan hak ke atas kawasan itu.
- Mohamed Khaled mendakwa keputusan untuk tidak merayu dibuat oleh Tun Dr Mahathir tanpa perbincangan, walaupun ada bukti baru yang menyokong tuntutan Malaysia.
- RCI mencadangkan siasatan jenayah terhadap Tun Dr Mahathir mengikut Seksyen 415, 417, dan 418 Kanun Keseksaan berkaitan keputusan kes Batu Puteh.
“Hal ini kerana ketika itu British telah nyahklasifikasi beberapa maklumat yang menyatakan dan menunjukkan Batu Puteh itu di bawah milikan Johor dan (keputusan ICJ) boleh dilawan.
“Perdana Menteri ketika itu ialah Datuk Seri Najib Razak dan kita hanya ada beberapa waktu tertentu untuk buat rayuan dan sekiranya ia tidak dibuat pada masa itu, kita tak boleh buat tuntutan terhadap Batu Puteh lagi.
“Apa yang berlaku seperti apa yang dirumuskan RCI, ada keputusan dibuat tanpa perbincangan, terutama keputusan dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) berseorangan yang tak mahu buat rayuan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Bukit Aping Timur di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh yang mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
Khamis lepas, media melaporkan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
Tindakan berkenaan merupakan antara disyorkan RCI itu dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Menurut laporan itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas bekas perdana menteri itu mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami