Astro Publication
Mon Sep 22 2014
Pertandingan Shell FuelSave Challenge adalah antara pertandingan tahunan yang benar-benar mendidik dan menggalakkan para peserta untuk membuat pilihan bijak bagi mendapatkan penjimatan bahan api sewaktu pemanduan.
Pemenang untuk wilayah Tengah telahpun diketahui dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2,000. En Abdul Hafiz akan mewakili wilayah ini ke peringkat Akhir Kebangsaan bulan Oktober ini setelah mencatat 18.88km per liter menggunakan Shell FuelSave 95. Beliau berjaya menyingkirkan 9 lagi peserta, kesemuanya memandu Hyundai Inokom Elantra 1.6 Sport untuk jarak 114 kilometer. Hyundai Elantra adalah kereta rasmi untuk pertandingan Shell FuelSave Challenge 2014 dan ditaja oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.
Abdul Hafiz daripada Bangi berkata, “Pemanduan hari ini sangat menarik kerana ia menunjukkan betapa mudahnya untuk merendahkan penggunaan petrol dengan hanya mempraktikkan tips Shell FuelSave, termasuk menggunakan bahan api Shell FuelSave. Saya pasti akan menggunakan petua-petua pemanduan ini untuk mendapat kecekapan terbaik. Dan saya akan menggunakannya di peringkat Akhir Kebangsaan apabila bertanding dengan tiga lagi pemenang wilayah yang lain.”
Jeffrey Maran, Pengurus Kanan Runcit Wilayah Tengah, Shell Trading Sdn. Bhd. berkata, “Dengan menggunakan Shell FuelSave, bersama-sama bahan api Shell FuelSave yang direka khusus untuk memberi kecekapan enjin yang terbaik daripada isian tangki pertama, pemandu dapat mengalami ekonomi petrol terbaik.”
Turut hadir sewaktu acara ini adalah pelakon Fahrin Ahmad, iaitu duta Shell FuelSave, serta Colin Chin, saintis bahan api Shell.
Kesemua pertandingan peringkat Wilayah telahpun tamat dan pemenang-pemenangnya akan menuju ke Lembah Kelang untuk peringkat akhir yang akan berlangsung pada 18 Oktober 2014.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Pelajar IACT tunjukkan kemampuan
Pertandingan Shell FuelSave untuk penuntut pendidikan tinggi memberi mereka pengalaman di dalam dunia pekerjaan
Shell FuelSave Challenge
Pertandingan peringkat akhir bakal menyaksikan pemenang-pemenang peringkat Wilayah cuba mendapatkan kadar penggunaan bahan api terbaik menggunakan Shell FuelSave