awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shila Amzah jawab dakwaan bakal bercerai

Gempak
Gempak
20/09/2023
02:40 MYT
Shila Amzah jawab dakwaan bakal bercerai
Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 4 Ogos lalu. - Gempak
TAK sampai dua bulan kahwin, tiba-tiba ada pula berita tidak baik mengatakan penyanyi Shila Amzah dengan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai bakal bercerai.
Gosip itu timbul selepas salah seorang pengikut di Instagram memaklumkan kepada Shila mengenai sebuah artikel di Facebook yang mengatakan rumah tangga selebriti itu berdepan masalah.
“Dalam posting FB ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ya posting FB,” tulis netizen.
Enggan membiarkan ia menjadi salah faham, Shila menegaskan berita yang dikongsikan di Facebook itu tidak benar dan tajuk ‘click bait’ yang digunakan sememangnya sengaja mengundang fitnah.
“Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke… kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita,” jawab Shila.
Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.
Sebelum itu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.
Untuk info, Shilla pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. - Gempak
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#ubai
#bercerai
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan