awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shuib, Watie selamat bertunang

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2023
12:05 MYT
Shuib, Watie selamat bertunang
Pasangan ini dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.- Gempak
KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib selamat bertunang dengan wanita pilihannya, usahawan, Watie Hanifah dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam, hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad berkongsi berita di Instagram Astro Gempak hari ini.
"Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.
"Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Doakan tau.. Selamat Hari Raya," katanya.
Sementara itu, Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Pasangan ini dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Bulan lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Shuib
#usahawan
#Watie Hanafiah
#tunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan