Semua pihak diminta 'tutup mulut' dan tidak menyebar sebarang spekulasi terdapat perbincangan tertutup berkenaan isu mencari sokongan pemimpin nombor satu dan dua di dalam parti semasa perjumpaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ketua bahagian parti di PWTC Ahad lepas.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang enggan dikenali, perbincangan melibatkan kira-kira 150 ketua bahagian seluruh negara itu hanya membincangkan isu pengendalian 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Memang tidak ada isu lain. Tidak timbul soal tanda tangan surat akuan sumpah setia kepada Najib atau sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Siapa kata ada krisis seumpama ini dalam parti?
"Siapa kata Najib dan Muhyiddin ada krisis? Ini semua spekulasi untuk memecah belahkan parti oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahli MT berkenaan mengulas isu perjumpaan ketua bahagian yang hadir dalam program Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Bersama Presiden bagi menyatakan sokongan penuh kepada Najib dalam isu 1MDB.
Kata Ahli MT itu lagi, Najib menerima sokongan padu di dalam isu berkenaan dan semua ketua bahagian yang hadir menyatakan kesediaan untuk bersama dalam menghadapi pelbagai fitnah dan tekanan yang dilemparkan kepada Najib.
"Saya tidak rasa ada apa-apa, tidak ada krisis langsung," jelasnya.
Dalam pada itu seorang lagi Ahli MT UMNO yang juga enggan dikenali menjelaskan, pembangkang telah memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin tentang 1MDB sekali gus menyebabkan rakyat terpengaruh dengan khabar angin krisis berkenaan.
"Pembangkang kata kononnya kenyataan Muhyiddin bercanggah dengan kenyataan Najib selain pelbagai lagi andaian yang bersifat pembohongan.
"Sebenarnya tidak ada apa-apa berlaku, semua khabar angin itu tidak betul," ujarnya.
Dalam pada itu, sebuah portal melaporkan seorang pemimpin akar umbi UMNO yang hadir ke program itu memberitahu, dialog itu merupakan taklimat yang berlangsung sehala.
Katanya, program itu menjadi taklimat sebelah pihak kerana penerangan yang disampaikan diterima baik selain berakhir dengan positif.
Sementara itu, sebuah portal turut melaporkan, wakil media tidak dibenarkan masuk semasa perjumpaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya terdapat isu lain yang dibincangkan selain 1MDB.
Selain Muhyiddin, tiga lagi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal turut kelihatan pada perjumpaan berkenaan tertutup berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 10 2015
MT UMNO: Siapa kata Najib ada krisis dengan Muhyiddin? Gambar fail
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.