Bernama
Thu Apr 03 2014
KUALA LUMPUR: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei ini semakin panas apabila jawatan presiden parti yang disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicabar, menyaksikan pertembungan antara suami dan isteri.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah pencabar presiden merupakan suami beliau sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika ini bertaraf ketua umum parti.
Banyak pihak melihat bahawa perebutan jawatan presiden parti oleh pasangan suami isteri ini hanyalah satu muslihat bagi mengelak jawatan itu turut dicabar pemimpin lain.
PERTAHAN JAWATAN DEMI KEPENTINGAN PARTI
Dr Wan Azizah berkata keputusannya bertanding dalam pemilihan PKR adalah 'demi menjaga kepentingan dan masa depan parti'.
Ramai pemerhati politik berpandangan bahawa 'pertarungan' Anwar dan Dr Wan Azizah lebih menjurus kepada 'jaminan' supaya parti itu terus dipimpin oleh individu yang mempunyai pertalian keluarga, sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat bertanding ekoran sabitan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Mengikut Seksyen 9A (1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.
Bekas setiausaha sulit ketua pembangkang itu, Anuar Shaari menyifatkan pertembungan antara suami dan isteri untuk berebut jawatan yang sama adalah 'kerja gila'.
"Tidak pernah dalam sejarah politik, suami dan isteri berebut jawatan yang sama," katanya kepada Bernama, di sini.
JAWATAN KETUA UMUM
Seperti yang diketahui di dalam struktur organisasi PKR, jawatan Ketua Umum tidak wujud dalam perlembagaan parti dan PKR meletakkan presiden sebagai pemimpin utama parti serta bertanggungjawab menjaga perjalanan parti.
Namun jawatan Ketua Umum 'diadakan' dan diberikan kepada Anwar pada 2008 tanpa pemilihan. Anwar dilihat memainkan peranan besar menerusi kedudukannya sebagai pemimpin paling layak dan berupaya 'mengikat' tiga parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan PAS.
Persoalannya, siapakah yang layak menggantikan Anwar sebagai ketua umum sekiranya beliau menjadi presiden parti? Adakah jawatan tersebut akan dijumudkan?
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat bagaimana pun yakin Dr Wan Azizah masih kekal sebagai presiden parti.
"Anwar seolah-olah ketua kepada PKR dan juga Pakatan Rakyat... kalau nak letak orang lain sebagai penasihat, saya tidak nampak ada calon lain," katanya kepada Bernama di sini.
Samsul Adabi berkata pada masa ini amat sukar untuk meramalkan sama ada jawatan ketua umum itu akan dikekalkan atau tidak sekiranya Anwar menjadi presiden PKR.
Dr Wan Azizah, yang merupakan antara pengasas PKR, mula menjadi presiden parti sejak 1999 sehingga kini.
MAMPUKAH DR WAN AZIZAH SEBAGAI KETUA UMUM
Turut menarik perhatian pemerhati politik adalah jika Anwar menjadi presiden parti, di manakah kedudukan Dr Wan Azizah yang sudah 15 tahun berjasa dan berkorban memimpin PKR?
Adakah Dr Wan Azizah dibiarkan tanpa status di dalam parti atau diberikan kedudukan sebagai ketua umum PKR? Apakah beliau mampu memainkan peranan serupa yang dimainkan suaminya?
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat sekiranya Anwar dipilih menjadi presiden, Dr Wan Azizah berkemungkinan besar dilantik menjadi ketua umum.
Katanya adalah tidak mustahil perkara itu berlaku memandangkan ia sebagai tanda penghargaan kepada Dr Wan Azizah yang memimpin parti selama ini.
"Ya sudah pasti Dr Wan Azizah mampu melaksanakan tugas sebagai ketua umum dengan arahan yang diberikan sepenuhnya oleh Anwar. Anwar masih ada peluang untuk jadi presiden memandangkan keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan belum diketahui bila.
"Sama ada Anwar menjadi presiden atau tidak, PKR dicorak sepenuhnya oleh beliau," katanya.
Anuar bersependapat dengan Ahmad Atory bahawa adalah mustahil untuk Dr Wan Azizah diberikan status ahli biasa sekiranya Anwar menerajui PKR.
ROS AKAN DIPERSALAHKAN
Anwar sendiri sudah pastinya sedar bahawa partinya akan berdepan risiko dibatalkan pendaftaran jika beliau menerajui parti itu.
Ramai pihak melihat dan menjangkakan bahawa ia adalah cubaan untuk memburukkan imej dan reputasi Pendaftar Pertubuhan (ROS), seolah-olah dilihat menyekat Anwar daripada memimpin parti.
Anuar berkata itu adalah satu strategi bagi mewujudkan elemen simpati kononnya Anwar dinafikan hak untuk bertanding dan menerajui parti bagi tempoh tiga tahun akan datang.
"ROS sudah pasti akan dipersalahkan dan dituduh sebagai alat kerajaan untuk menghalang kemaraan beliau dalam politik walhal dia sudah tahu bahawa dia tidak layak memimpin PKR ekoran sabitan kesalahannya," katanya.
Samsul Adabi pula berpandangan bahawa Anwar mempunyai strategi serampang banyak mata bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu pokok, iaitu tidak layak menerajui parti seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 9A (1)(b) Akta Pertubuhan 1966.
"Dia (Anwar) akan tetap meletakkan apa juga kesalahan kepada kerajaan di atas apa yang berlaku kepadanya," katanya.
Sama ada Anwar atau Dr Wan Azizah yang menjadi presiden parti, kepimpinan baharu PKR, yang akan diketahui secara rasmi pada 13 Mei, akan masih dalam kalangan keluarga. --- Bernama
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.