KUALA LUMPUR: Siapa calon yang mahu diangkat menjadi Presiden dan Timbalan Presiden jika dua jawatan itu dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pertengahan tahun ini, soal Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Nur Jazlan mempersoalkan adakah ahli-ahli UMNO mahu menyerahkan kepimpinan parti kepada individu yang disifatkan telah gagal sebagai Perdana Menteri.
"Kalau nak buat pertandingan pun, kita nak angkat siapa jadi Presiden, Timbalan Presiden baharu. Kita nak harapkan orang pengecut yang paling awal lari lintang pukang selepas UMNO kalah pada PRU14 dulu atau kita nak bergantung kepada orang yang gagal jadi Perdana Menteri kesembilan atau kita nak serahkan nasib parti kepada orang yang sibuk jadi broker yang selama ini nak jual maruah UMNO kepada parti lawan.
"UMNO nak pilih seorang individu yang bergegar-gegar mahu gantikan tempat Presiden ketika berceramah di pentas kempen PRU15 lepas tapi akhirnya kalah di negeri liberal. Sudahlah dia sendiri ditolak di negeri sendiri, lepas itu diberi peluang pula bertanding di negeri lain kononnya dia cukup popular tapi tumbang juga.
"Kita kena fikirkan banyak benda sebelum nak ikut emosi. Cakap nak tukar pemimpin memang senang tapi nak pastikan pemimpin yang baharu angkat itu dapat bela nasib parti, belum tentu," katanya.
Nur Jazlan juga menegaskan sejarah membuktikan berlakunya perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan presiden dan timbalan parti itu dipertandingkan.
Nur Jazlan berkata, dalam sejarah 70 tahun penubuhan UMNO, hanya empat kali berlaku pertandingan untuk jawatan nombor satu parti itu.
Katanya, pertandingan itu membabitkan Tunku Abdul Rahman vs Ahmad Fuad Hassan (1951); Hussein Onn vs Sulaiman Palestin (1978); Mahathir vs Tengku Razaleigh Hamzah (1987) dan Zahid vs empat pencabar (2018).
Jelas beliau, setiap kali berlaku pertandingan presiden, pastinya berlaku perpecahan dalam UMNO dengan Ahmad Fuad keluar lalu menubuhkan Pas, Sulaiman meninggalkan parti, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46.
“Manakala, pada 2018, selepas tewas, walaupun KJ (Khairy Jamaluddin) tidak keluar dari UMNO, namun dia dilihat sedikit menjauhkan diri daripada arus perdana parti dan lebih selesa buat hal sendiri.
“UMNO sudah banyak kali berpecah bermula dengan wujudnya Pas, Semangat 46, PKR dan Bersatu. UMNO tak mampu nak terima perpecahan besar sekali lagi kerana kalau kita pecah lagi, maka jangka hayat UMNO tidak akan lama,” katanya lagi.
Beliau juga mengingatkan ahli UMNO supaya tidak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen yang menang kerusi di bawah tiket parti namun didakwa khianat dan bersekongkol dengan pihak lawan.
Nur Jazlan mendakwa terdapat Ahli Parlimen UMNO yang telah menggerakkan usaha bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Sekali lagi saya tegaskan, usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan demi pengukuhan parti, perpaduan dan ke arah usaha pemulihan sokongan terhadap UMNO.
"Saya nak ingatkan ahli UMNO supaya tak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen parti yang menang bawah tiket UMNO namun selepas menang melupakan parti, macam kacang lupakan kulit.
"Bukan sahaja ada yang melompat malah lebih teruk, khianat kepada parti dengan bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Baik kita fokus kepada macam mana nak kukuhkan kembali UMNO dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas parti difitnah teruk selama ini.
"Lagipun dengan kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, ia adalah platform terbaik untuk mendekati dan membina semula keyakinan penduduk luar bandar terhadap keupayaan UMNO membela rakyat," katanya.
Astro Awani
Tue Jan 03 2023
Nur Jazlan juga menegaskan sejarah membuktikan berlakunya perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan presiden dan timbalan parti itu dipertandingkan. - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Nur Jazlan lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Tajikistan
Rahmon menyatakan hasrat serta kepentingan mengukuhkan lagi kerjasama serta hubungan erat antara Parlimen Tajikistan dan Parlimen Malaysia.
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mahu memanggil Peguam Negara dan bekas Peguam Negara mengenai kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai luar biasa.
Ahmad Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai
Ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu.
Jangan jadikan Ahmad Zahid 'kambing hitam' - Nur Jazlan
UMNO dinasihatkan supaya tidak mudah menyalahkan seorang individu sahaja susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN lepas.
Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara
Berdasarkan pengalaman sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan rasa mampu untuk menjalankan tugas ini.
Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19
Nur Jazlan pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas keputusan dibuat melalui proses pengundian bersurat.
Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.
'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman
Nur Jazlan seharusnya lebih mengutamakan kepada penilaian beliau yang kalah di kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal berturut-turut.