Sejak penularan wabak pandemik ini, kedengaran ramai yang merungut kerana sukar mendapatkan bekalan topeng muka.
Apatah lagi situasi ini diburukkan lagi apabila pemakaian topeng muka dijadikan sebagai sesuatu yang wajib sebelum dibenarkan memasuki sesebuah premis.
Menyedarinya, ada pihak tertentu yang bertindak menyorok bekalan topeng muka dan menjualnya di pasaran gelap demi mengaut untung berlipat.
Perkara ini menyumbangkan lagi kepada 'ketandusan' stok itu ketika penularan wabak COVID-19 ini dan mencetuskan panik dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap topeng muka sebagai sesuatu yang wajib ketika keluar dari rumah.
Sebelum krisis kekurangan bekalan, harga topeng muka dalam pasaran hanyalah 80 sen sekeping sebelum dinaikkan kepada RM2 sekeping oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ekoran panic buying topeng muka dalam kalangan rakyat Malaysia, doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril dalam perkongsian terbaharunya memberitahu bukan semua individu yang perlu memakai topeng muka.
Sebaliknya kata beliau, hanya mereka yang ada gejala pernafasan sahaja yang perlu memakai topeng muka.
"Orang ramai perlu perlu memahami bahawa pemakaian penutup muka dan hidung bertujuan untuk mengelakkan gejala pernafasan (batuk dan selsema) daripada tersebar kepada orang lain.
"Jadi nak pakai mask (topeng muka) silakan tapi janganlah larang kebebasan mereka yang tak pakai," katanya menerusi Instagramnya.
Beliau berkata, hanya mereka yang tergolong dalam empat kumpulan seperti di bawah sahaja yang perlu memakai topeng muka.
Mereka adalah:
1. Petugas kesihatan yang mengendali pesakit (doktor, misi, pegawai kesihatan).
2. Petugas di barisan hadapan (polis, tentera).
3. Jika anda menjaga individu yang ada gejala pernafasan.
4. Jika anda ada gejala pernafasan (batuk, selsema).
Dr Shazril menegaskan, sekiranya seseorang itu bukan tergolong dalam kumpulan tersebut, tidak perlu memakai topeng muka.
"Tiada keperluan bagi individu sihat memakai topeng muka di tempat awam berikutan penggunaan alat perlindungan itu sepatutnya hanya digunakan individu dalam empat kategori itu," jelasnya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Twitter rasminya juga ada berkongsi berkongsi perkara yang sama.
Dr Shazril turut berkongsi pengalamannya yang dipandang 'jelek ibarat bertelanjang' ketika pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar di Cyberjaya, baru-baru ini.
"Saya tidak dibenarkan masuk hanya kerana tidak memakai topeng muka, sedangkan bersardin-sardin orang di dalam supermarket itu," katanya.
Beliau mencadangkan, daripada melarang mereka yang tidak memakai topeng muka memasuki, pemilik premis itu perlu menghadkan kemasukan pelanggan pada satu-satu masa selain merekodkan suhu badan mereka.
Pelanggan pula katanya, dinasihatkan untuk mengikut arahan kerajaan untuk mengekalkan jarak sosial satu meter antara satu sama lain.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 24 2020

Dr Say Shazril memberitahu, bukan semua individu yang perlu memakai topeng muka. - Gambar fail

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Mekah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.

Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.

Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.

LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.

Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.

UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.