Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai menghina semua Adun PKR di negeri itu.
Shuhaimi berkata, kenyataan yang dibuat oleh Rafizi seolah-olah memberi gambaran bahawa Adun PKR di Selangor tidak ada pendirian.
"Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian.
"Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BERIKUT KENYATAAN PENUH ADUN SRI MUDA
Saya ingin memberikan respon kepada cabaran YB Rafizi Ramli di media kepada Adun Selangor.
1) Saya sangat terkejut dengan saranan YB Rafizi hari ini. Disebabkan beliau mencadangkan melalui media, maka saya menjawap melalui media juga.
2) Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian.
3) Tindakan YB Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan adalah wajar dipuji kerana beliau adalah juga dicadangkan namanya sebagai calon oleh Pemuda PAS. Walaupun beliau tidak perlu memberikan jawapan balas begitu kerana ia hanya cadangan rakan sejawatnya, namun saya hormati pendiriannya. Hakikat sebenar semua Adun sudah menandatangani SD menyatakan sokongan kepada YB Dato Seri Wan Azizah Ismail adalah bukti sokongan padu say /kami untuk akur kepada keputusan parti.
4) YB Azmin Ali yang turut dicalonkan juga sudah secara terbuka mengatakan beliau mengikut keputusan parti dan beliau juga telah tandatangan SD menyokong YB Dato Seri Wan Azizah Ismail. Jesteru itu tidak ada kewajaran cabaran YB Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya/kami kepada parti.
5) Kenyataan oleh Rafizi dilihat menghina Adun KEADILAN Selangor khususnya dan amat tidak patut seorang naib presiden mencabar kami di media seperti itu.
6) Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan.
8) Kenyataan Rafizi sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam KEADILAN. Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat.
9) Saya fikir telah tiba masanya untuk Presiden parti dan Ketua Umum menegur cara melampau YB Rafizi. Tindakannya telah banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan Rakyat. Pandangan rakyat melihat beliau seolah olah memaksakan pendapatnya untuk diikuti oleh semua orang. Ini sangatlah dikesalkan.
10) Amaran saya kepada YB Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam perlantikan menteri besar yang baru ini. Ia jelas mempamirkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak. Saya ingin berpesan, hentikan tindak tanduk beliau ini. 'Wayang Langkah Kajang' sudah melabuhkan tirainya. Tan Sri Khalid Ibrahim sudah berhenti. Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Shuhaimi Shafiei adalah ADUN Sri Muda
*Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI
Astro Awani
Fri Aug 29 2014
SHUHAIMI: Siapa Rafizi untuk arah Adun Selangor? (Foto: Facebook)
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.