awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? - Azwan Bro

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/03/2016
13:22 MYT
Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? - Azwan Bro
AZWAN BRO: Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? - Gambar fail
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur adalah langkah yang sia-sia. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Dr Mahathir juga tidak layak untuk mendesak Najib berundur selepas mendapat mandat demokratik daripada rakyat dan ahli UMNO sendiri selama ini. "Kami juga berpendirian bahawa gandingan kekok Dr Mahahir dan Lim Kit Siang tidak layak untuk mendesak Najib untuk berundur. Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? "Dr Mahathir sepatutnya tidak mengajar anak muda dengan sikap sebegini. Sewaktu dia menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ahli parti tetap mempertahankannya dalam pelbagai episod dan krisis politik. "Bersekongkol dengan Kit Siang yang sudah lapuk menjadi pemimpin DAP sejak tahun 1965 sehingga ke hari ini. Siapa dia hendak mendesak pemimpin lain untuk berundur? Kit Siang sendiri adalah seorang pemimpin yang 'overstay'," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini. Khairul Azwan mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat. Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan. Dalam pada itu, kata Khairul Azwan, Dr Mahathir dan Kit Siang turut dicabar untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk membuktikan keberanian masing-masing. "Sekiranya ada keberanian maka kami desak agar kedua-dua yang masih enggan bersara ini untuk bertanding dalam PRU yang akan datang. "Kami juga sedih melihat teladan buruk yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan politik lalang ini tidak wajar menjadi ikutan anak-anak muda. "Dr Mahathir perlu hentikan 'the act of political hypocrisy' yang amat ketara darinya," jelasnya.
Topic Berkaitan
#azwan
#Citizens Declaration
#Deklarasi Rakyat
#Lim Kit Siang
#Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan