Siasat dalang yang membocorkan rahsia Kerajaan dan bukannya mendakwa wartawan seperti penjenayah, itu pandangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang membantah cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mahu mengukuhkan lagi Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang disifatkan menyasar wartawan dan Pengarang sebagai mangsa.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak pengamal media terutama wartawan hanya menjalankan tugas melaporkan berita mengikut etika kewartawanan yang digariskan.
Justeru, katanya tidak timbul isu membocorkan rahsia rasmi Kerajaan kerana kesahihan berita bergantung kepada sumber bagi membuktikan kesahihannya.
BACA: Hormati keputusan Peguam Negara kaji semula hukuman OSA - Zahid
BACA: Cadangan Peguam Negara kaji semula hukuman OSA bukti kebocoran maklumat serius - Salleh
BACA: Rafizi kini terdesak dan takut dengan pindaan OSA - Azalina
"Tapi soal salah guna kewangan rasuah dan perkara itu sepatutnya tidak dihadkan untuk wartawan membuat siasatan. Kita ada laporan siastaan (investigation reporting) dan berhak untuk wartawan mencari maklumat itu.
"Kalau maklumat berkaitan dengan salah guna kuasa atau salah guna wang awam, wartawan tidak boleh dijadikan mangsa," katanya
Menurut Mohd Azmi, wartawan biasanya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum menyiarkan sebarang berita selain mengetahui apa yang boleh dilaporkan dan apa yang tidak bergantung kepada etika kewartawanan.
Beliau yang juga Penasihat Sekretariat Kongres Rakyat Negeri Kedah berkata, adalah tidak adil sekiranya wartawan terus dihukum jika melaporkan berita tanpa melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu demi menyampaikan maklumat kepada rakyat.
"Sebab OSA ini adalah salah satu undang-undang tetapi bukan undang-undang yang melindungi salah laku pengurusan, bukan melindungi beberapa perkara yang patut diketahui oleh rakyat. Ini bukan prinsip demokrasi yang patut kita gadai.
"Undang-undang (atau) idea yang disebut oleh AG (Mohamed Apandi) ini saya fikir adalah untuk jaga kepentingan mereka yang sudah demikian jauh melakukan salah laku dan merosakkan amanah rakyat," katanya.
Sebelum ini, dalam satu temubual bersama sebuah akhbar tempatan, Mohamed Apandi dilaporkan berkata mengenai usaha mengetatkan undang-undang OSA termasuk mencadangkan hukuman penjara sepanjang hayat dan 10 sebatan kepada wartawan yang menyembunyikan sumber yang dianggapnya bersubahat dengan pihak yang mahu mensabotaj.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Feb 10 2016
Mohd Azmi berkata, pengamal media hanya menjalankan tugas melaporkan berita mengikut etika kewartawanan yang digariskan. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina
Azalina berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.
Dalang di sebalik pengeboman lapangan terbang Kabul dibunuh oleh Taliban
Ketua Daish itu dibunuh beberapa minggu lepas namun ia mengambil masa untuk mengesahkan kematiannya.
Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model
Mangsa menjadi sasaran selepas didakwa mempunyai "maklumat yang sangat sensitif" terhadap Durante.
400 Mawozo dipercayai dalang di sebalik penculikan kumpulan mubaligh di Haiti
Lima lelaki, tujuh wanita serta lima kanak-kanak baru sahaja pulang daripada melawati sebuah rumah anak yatim sebelum diculik pada Sabtu.
61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan
Modus operandi mereka ialah menggunakan menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.
Sindiket dadah didalangi penuntut kolej warga asing tumpas
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai didalangi penuntut kolej swasta warga asing menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Petaling Jaya minggu lepas.
Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan
Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan polis di sekitar Lembah Klang dari 17 hingga 20 Mei lepas dalam operasi memerangi kegiatan judi mesin slot.
Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan
Tangkapan dilakukan hasil serbuan di sebuah premis dekat Jalan Pudu dan sekitar ibu negara, antara 17 hingga 20 Mei lalu.
Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan
Seorang pegawai polis dan tiga anggota ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan.