Kontraktor Projek Pengindahan Sungai Melaka Fasa 1, yang gagal mematuhi spesifikasi projek itu, perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku penyelia projek perlu mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor dan pegawai yang meluluskan projek berkenaan selain membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita beri peringatan kepada kontraktor yang gagal (patuhi spesifikasi) bahawa mereka tidak terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang apabila didapati gunakan sub-standard item (bahan bermutu rendah).
"Contohnya, PVC sepatutnya setebal 2.5mm tetapi digunakan 1.5mm...kerana gunakan PVC nipis dan ia telah diluluskan maka, mereka yang meluluskan dan membinanya tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Beliau menegaskan kerajaan negeri tidak mahu isu kegagalan kontraktor mematuhi spesifikasi projek pada Fasa 1 dijadikan alasan untuk kontraktor baharu bagi Fasa 2 melewatkan kerja mereka.
"Jadi, kontraktor baharu tiada pilihan untuk meneruskan kerja-kerja ini dalam tempoh masa ditentukan dan pihak penyelia JPS diminta mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor dan pegawai yang memberi laporan salah pada kerja-kerja pembinaan Fasa 1," katanya.
Projek itu kini memasuki Fasa 2 setelah tergendala daripada tempoh sepatutnya siap pada 2014.
Januari lepas, Idris berkata fasa itu dijangka dapat disiapkan sepenuhnya menje-lang hujung tahun ini setelah diambil alih oleh kontraktor baharu.
Sementara itu, Idris berkata projek pembinaan Empangan Jernih di Taboh Naning, Alor Gajah dekat sini perlu diteruskan bagi menampung keperluan bekalan air penduduk menjelang 2025.
Menurutnya Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri berpendirian perlunya membina Empangan Jernih berbanding 'off-river storage' sungai kerana ia dilihat tidak dapat menampung keperluan bekalan air negeri pada 2025.
"Off-river storage akan mengandungi lebih kurang 100 juta gelen air sedangkan keperluan kita ketika projek itu dijangka 300 juta gelen... mungkin kita akan sama-sama berbincang dengan kementerian berkenaan sama ada pembatalan projek Empangan Jernih perlu dilihat semula," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Idris menegaskan kerajaan negeri tidak mahu isu kegagalan kontraktor mematuhi spesifikasi projek pada Fasa 1 dijadikan alasan untuk kontraktor baharu bagi Fasa 2 melewatkan kerja mereka. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.