awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram - PPPR

Bernama
Bernama
04/07/2014
02:10 MYT
Siasat lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram - PPPR
JOHAN: Isu itu memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak berwajib memandangkan ia boleh menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan kerajaan - Gambar Fail
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan terhadap isu lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram yang didedahkan media.
Pengerusi PPPR Tan Sri Johan Jaaffar berkata isu itu memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak berwajib memandangkan ia boleh menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan kerajaan keseluruhannya.
Beliau berkata PPPR berpendapat terdapat kelemahan dan kelonggaran sistem yang memberi ruang pada kemungkinan rasuah.
"Panel juga berpendapat bahawa ketidakcekapan petugas selain penyelewengan amnanah juga menyebabkan hal ini berlaku," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Johan berkata PPPR menggesa kajian semula sistem sedia ada dilakukan dan tindakan pembaikan dilakukan segera.
Isu mesin judi haram yang didedahkan akhbar berbahasa Melayu mendakwa kegiatan itu semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan dianggarkan jumlah premis judi haram di ibu kota mencecah 2,350 buah.
Sementara itu, laporan akhbar mengenai lesen kopi warganegara ekspres mendakwa kewujudan sindiket menjual sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport negara ini kepada warga asing dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM150,000.
Topic Berkaitan
#Johan Jaaffar
#Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
#PPPR
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan