ISU 1MDB terus mendapat perhatian. Siri komen dan kenyataan demi kenyataan, yang cuba menarik perhatian khalayak terus muncul menerusi pelbagai saluran. Karya ini tidak berhasrat menyenaraikan kesemua komen dan kenyataan yang dimaksudkan.
Apa yang boleh dirumuskan ialah cubaan segelintir pihak yang mahu mencemari reputasi agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam proses siasatan kes 1MDB. Agensi-agensi yang dimaksudkan ialah Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.
Siri laporan media cuba memberi gambaran buruk dan negatif berkenaan agensi penyiasat yang menganggotai pasukan siasatan khas ini. Pelbagai grup kelihatan cuba menyerang reputasi dengan berbagai tanggapan.
Salah satu komen mendakwa ketiga-tiga badan itu terletak di bawah bayang-bayang kerajaan yang memerintah. Meskipun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dibentuk sebagai sebuah suruhanjaya bebas dengan lima badan pemantau bebas pada tahun 2009, masih ada pihak yang mendakwa ia berfungsi di bawah pengaruh penyeliaan Jabatan Perdana Menteri.
Sebenarnya tidak!
Oleh itu, dengan pemantauan lima badan bebas termasuk ahli-ahli parti politik (dari BN, DAP, PAS dan PKR), sudah pasti siasatan akan dijalankan dengan bebas dan profesional. Ini kerana SPRM tertakluk kepada pertanyaan 46 ahli yang mengangotai lima badan bebas pemantau.
Bank Negara Malaysia terletak di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan. Polis Diraja Malaysia pula di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Tetapi masing-masing mempunyai tugas dan fungsi sendiri mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan sendiri.
Ada pihak yang mencetuskan persoalan sama ada tindakan akan diambil jika didapati ada unsur-unsur atau elemen-elemen yang menyalahi undang-undang. Kita tidak pasti sama ada persoalan ini terus dibangkitkan dengan sengaja atau secara tidak sengaja ataupun sama ada niat yang murni ataupun sebaliknya.
Bermakna dari awal-awal lagi sudah ada pihak yang telah membuat tanggapan negatif atau serong ke atas agensi-agensi yang mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan. Jika bukan agensi-agensi terbabit, siapa lagi yang akan menjalankan siasatan? Siapa lagi yang ada kuasa untuk menjalankan tugas siasatan?
Apakah tanggapan itu wajar dilontar ketika ada sistem dan prosedur yang perlu dipatuhi dan diterima buat masa sekarang? Sistem ini digubal dan dibina bersandarkan prinsip Demokrasi Berparlimen.
Apakah kita hendak membelakangi sistem yang kita bina sendiri? Jika kita sendiri yang membelakangi sistem sedia ada, bermakna kita tidak menghormati luhur perlembagaan yang telah dibentuk oleh Parlimen.
Bukankah undang-undang terpakai untuk setiap rakyat negara ini?
Contohnya, dalam kes 1MDB, kita ada sistem di mana Peguam Negara bertindak sebagai Pendakwa Raya dan juga sebagai penasihat kepada kerajaan. Bermakna juga penasihat kepada Perdana Menteri.
Apa pilihan yang ada? Tiada opsyen melainkan bertindak mengikut peruntukan Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.
Lipatan sejarah menunjukkan bahawa penyandang jawatan Pendakwa Raya dan Peguam Negara pernah terdiri daripada individu yang berbeza satu ketika dulu. Bermakna aspek ini pernah menjadi amalan beberapa dekad yang lalu. Tetapi peredaran masa telah mengakibatkan pindaan, sekali gus membawa kepada sistem yang diamalkan sekarang.
Maka, buat masa sekarang, semua pihak perlu mematuhi peruntukan sedia ada.
Justeru, apa yang kita boleh mengharapkan ialah setiap pihak atau agensi yang terlibat akan bertindak dengan bebas, telus dan profesional.
Banyak pihak telah mengesyorkan agar peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipisahkan supaya bidang kuasa dan peranan serta fungsi agak jelas, dan kelihatan tidak terletak di bawah pengaruh atau bayang-bayang kerajaan yang memerintah.
Begitu juga, mengikut laporan media, ada beberapa cadangan dikemukakan berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana perlu ada suruhanjaya perkhidmatan yang khusus bagi agensi itu. Turut disyorkan aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilakukan mengikut perlembagaan sebagaimana jawatan-jawatan lain seperti Peguam Negara dan Hakim. Syor ini meskipun dikemukakan lima tahun lalu, masih belum menjadi realiti.
Apa pun sistem yang hendak disyorkan, tiada negara yang akan mempunyai sistem yang bebas seratus peratus daripada sistem pemerintahan.
Opsyen di hadapan kita: (i) mengikut sistem sedia ada buat masa sekarang: atau (ii) melakukan pembaharuan dengan memperkenalkan sistem yang baharu.
Pendek kata, buat masa ini kita tiada pilihan kecuali mengikuti sistem sedia. Beri ruang kepada agensi-agensi dalam pasukan siasatan khas ini menjalankan tugas mereka dengan bebas tanpa tekanan.
Pindaan yang disyorkan perlu diberi perhatian dengan mengambil kira perkembangan semasa kelak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*V. Loganathan ialah pembaca AstroAwani.com.
**Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Astro AWANI.
V Loganathan
Tue Jul 21 2015
Siatasan 1MDB telah melibatkan pelbagai grup kelihatan cuba menyerang reputasi dengan berbagai tanggapan. - Gambar Fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.