awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid harap karya Malaysia mudah tembusi pasaran Indonesia
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah
Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-chan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan, dakwaan dihadapi pegawai tertinggi tidak jejas ATM - Bekas PAT

Faida Rahim
Faida Rahim
23/01/2026
04:41 MYT
Siasatan, dakwaan dihadapi pegawai tertinggi tidak jejas ATM - Bekas PAT
Mohd Nizam menegaskan siasatan dan pendakwaan terhadap pegawai tertinggi tentera tidak akan menjejaskan reputasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Siasatan dan pendakwaan yang sedang dihadapi pegawai tertinggi tentera termasuk beliau, ketika ini, tidak akan menjejaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ringkasan AI
  • Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar menegaskan siasatan dan pendakwaan terhadap pegawai tertinggi tentera tidak akan menjejaskan reputasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Mohd Nizam menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan suapan dan pecah amanah berjumlah lebih RM752,000 dan RM3 juta.
  • Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM300,000 dengan syarat tertentu, namun peguam Mohd Nizam memohon jumlah jaminan yang lebih rendah iaitu RM100,000.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Demikian kata bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar yang turut meminta semua pihak memberi ruang kepada ATM menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Perkara ini (siasatan dan pendakwaan ke atas pegawai tertinggi tentera) tidak akan menjejaskan ATM. ATM sudah lama bertapak di sini sejak 92 tahun lalu. Kita mencari kekuatan dan kita akan bangkit semula.
"Berikan peluang kepada ATM, dalam kalangan kami sendiri, kami akan meneliti semula perkara ini untuk melihat tindakan yang perlu diambil. Berikan mereka (ATM) peluang," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan sama ada siasatan dan pertuduhan dihadapi pegawai tertinggi tentera akan menejaskan reputasi ATM ketika ini.
Mohd Nizam ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.
Siasatan pegawai tertinggi tidak jejas ATM - Bekas PAT
Terdahulu, Mohd Nizam mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3 juta.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, beliau sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) telah menggunakan kedudukan dan menerima suapan bagi berjumlah RM267,481.90 dan RM285,000.
Menerusi pertuduhan tersebut, Mohd Nizam dituduh melantik lima syarikat bagi menjalankan kerja pembekalan kain pelikat, kain batik, ‘multifunctional folding pliers’, tuala mandi dan beg galas untuk tujuan bungkusan barang hari raya bagi tahun 2025.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah, pada 24 Jun 2024.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum bawah seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak daripada kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Nizam yang ketika itu menjawat jawatan yang sama, telah diamanahkan dengan wang berjumlah RM3 juta milik TKAT dan tertuduh telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.
Beliau dituduh menyalahgunakan dana itu bagi tujuan pelaburan tambahan di dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan tersebut turut didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah pada 4 Oktober 2024.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua hingga 20 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Bagi pertuduhan keempat, Mohd Nizam selaku Panglima Angkatan Tentera ATM ketika itu, telah menerima untuk diri sendiri wang berjumlah RM200,000 dengan tanpa balasan daripada seorang individu berjawatan pengarah syarikat berusia 57 tahun, yang diketahui mungkin mempunyai kaitan dalam urusan yang akan dijalankan oleh tertuduh.
Kesalahan didakwa dilakukan di Wisma Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima, Kementah, di sini, pada Mac 2025.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan berjumlah RM 300,000 dengan seorang penjamin warganegara bagi kesemua pertuduhan tersebut.
Pendakwaan turut mengemukakan syarat tambahan bahawa tertuduh perlu menyerahkan semua dokumen perjalanan termasuk pasport antarabangsa dan pasport diplomatik sekiranya ada, serta tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Bagaimanapun, peguam Abdul Aziz Hamzah yang mewakili Tan Sri Mohd Nizam memohon agar jumlah jaminan yang minima iaitu RM100,000 dan bersedia mematuhi kesemua syarat tambahan.
Permohonan jaminan minima tersebut mengambil kira tertuduh yang perlu menanggung keluarga dan kedua-dua orang tua.
Peguam Abdul Aziz Hamzah juga memaklumkan tertuduh turut memberikan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan.
Sehubungan itu, tertuduh berhasrat menggunakan tempoh sehingga perbicaraan bagi menyelesaikan urusan kesihatan.
Hakim Rosli Ahmad kemudian menetapkan jaminan RM 180,000 dengan seorang penjamin warganegara dan semua syarat tambahan tersebut perlu dipenuhi dan Mahkamah menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pandangan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkenaan kesan siasatan terhadap pegawai tertinggi tentera terhadap ATM? A: Tan Sri Mohd Nizam Jaafar percaya bahawa siasatan dan pendakwaan terhadap pegawai tertinggi tentera tidak akan menjejaskan reputasi ATM.
  • Q: Berapakah jumlah pertuduhan yang dihadapi oleh Mohd Nizam dan apakah kesalahan yang dituduhkan kepadanya? A: Mohd Nizam menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa, termasuk penerimaan suapan dan pecah amanah berjumlah lebih RM752,000 dan RM3 juta.
  • Q: Berapakah jumlah jaminan yang ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya kepada Mohd Nizam? A: Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM300,000 dengan syarat tertentu, namun peguam Mohd Nizam memohon jumlah jaminan yang lebih rendah iaitu RM100,000.

Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Kementerian Pertahanan
#SPRM
#pecah amanah
#Mohd Nizam Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan