KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung isu pertukaran tanah Kementerian Pertahanan (Mindef) perlu diteruskan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai perkara itu.
Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berkata ia perlu diteruskan supaya siasatan secara adil dapat dilaksana berdasarkan dapatan siasatan oleh PAC sebelum ini yang diketuai Pengerusinya, Wong Kah Woh.
Mengikut laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Wong berkata jawatankuasa itu di bawah pengawasannya telah menyelesaikan 50 peratus draf siasatan namun tidak dapat dimuktamad berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt tahun lepas.
Justeru, Awang Azman berkata sambungan siasatan kes itu wajar dilakukan seiring dengan dasar Kerajaan Perpaduan yang ingin melihat pentadbiran lebih bersih, baik dan telus.
"Kalau tidak disiasat, ia akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat, selama ini didedahkan tapi tiba-tiba siasatan tidak diteruskan... siasatan harus diteruskan untuk memberi gambaran menyeluruh berdasarkan penemuan siasatan terdahulu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sambungan siasatan itu akan memastikan semua tadbir urus dalam Mindef dijalankan dengan lebih terperinci dan telus sekali gus membina keyakinan rakyat terhadap pengurusan kementerian berkenaan.
Awang Azman berkata ia juga bagi mengelakkan budaya rasuah dalam pengurusan kerajaan yang boleh menjejaskan nama negara.
"Kita mahu perkara tersebut dapat dijelaskan, betulkah seperti dakwaan awal ataupun sebaliknya, maknanya ia mampu membersihkan nama institusi pemimpin tertentu supaya kes itu lebih jelas... untuk menunjukkan bahawa negara kita bertindak menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dan pangkat," katanya.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan, yang juga Penganalisis Pertahanan, turut berpendapat siasatan wajar diteruskan bagi menghentikan khabar angin tentang salah laku dalam kes itu.
"Ramai yang terlibat dalam kes ini mungkin telahpun bersara dan berpindah ke jawatan lain tetapi bagi saya, kalau tidak diteruskan akan ada tuduhan bahawa kerajaan sekarang ingin menutup sesuatu.
"Jadi (siasatan) sepatutnya diteruskan tetapi janganlah mengambil masa yang terlalu lama... walaupun isu ini rumit dan sulit serta sensitif tetapi harus boleh dilakukan dengan cepat," katanya sambil menambah PAC sebelum ini pernah mengambil masa hampir dua tahun untuk melakukan siasatan.
Beliau berkata bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan siasatan bergantung kepada PAC yang bakal dilantik sama ada akan menggunakan hasil siasatan sebelum ini yang terhenti di peringkat 50 peratus atau memulakan siasatan baharu.
Projek pertukaran tanah dan pembinaan itu bermula pada 2012 membabitkan lokasi asal di Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar, pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia di Sendayan, Negeri Sembilan serta pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson telah ditukar kepada pembinaan Kem Paloh di Kluang, Johor.
Menurut Wong, pada 2020, isu itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC.
JKSTUPKK telah menjalankan siasatan terhadap 16 kes pertukaran tanah dan kaedah yang digunakan bagi membangunkan fasiliti Mindef dibiayai tukar ganti tanah Persekutuan dengan pihak swasta melibatkan tanah kerajaan seluas 2,923 ekar bernilai kira-kira RM4.8 bilion.
Wong berkata PAC ketika itu dimaklumkan antara isu dalam pelaksanaan kaedah ini ialah berkaitan kerugian kerajaan akibat kaedah penetapan nilai tanah balasan yang tidak konsisten dan pertimbangan politik melebihi kepentingan pertahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Sambungan siasatan itu akan memastikan semua tadbir urus dalam Mindef dijalankan dengan lebih terperinci dan telus sekali gus membina keyakinan rakyat terhadap pengurusan kementerian berkenaan. - Foto Twitter/MINDEF Malaysia

Malaysia sudah bersedia main peranan penting di peringkat PBB - Sufian Jusoh
Kenyataan negara yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Malaysia bersedia untuk memainkan peranan lebih penting.

Penjaga anjing K9 'Blake' peluk Islam
Penjaga anjing pengesan K9 bernama Blake, Salbuddin Salleh membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Sarawak mahu wakil dalam Majlis Tenaga Negara - Abang Johari
Beliau telah menyampaikan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Mesyuarat Kabinet di Kuching pada 16 Sept lepas.

Pemandu didakwa sengaja tinggal penumpang lewat seminit, Mara Liner tampil mohon maaf
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zachary Ismail pihaknya turut memberi jaminan bahawa insiden berkenaan tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

PRK Pelangai: Jangan sentuh isu 3R - Polis
Polis berkata pihak bertanding dalam PRK itu juga perlu memohon permit ceramah daripada polis bagi tujuan keselamatan selain tidak melakukan perbuatan seperti merosakkan bahan kempen pihak lawan.

Pengurusan Mahkamah Syariah hendaklah terus diperkasa, ditambah baik - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa.
Fokus Minggu Depan: Nasi kandar, sama tapi tak serupa
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang terjadi dalam dan luar negara.

Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
Maritim Malaysia sertai ISS 25, perkukuh kerjasama antarabangsa
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dijemput menyertai International Seapower Symposium yang ke 25 (ISS-25) tahun ini anjuran Pejabat Chief of Naval Operations, United States Navy.
PTPTN tawar inisiatif WPP, RM1500 persiapan masuk IPTA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kerana masalah kewangan.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

Dua bekas Pengerusi Felcra dipanggil prosiding PAC Isnin depan
Dua bekas Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Bung Moktar Radin, akan dipanggil untuk prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Isnin ini.

PAC gesa kerajaan percepat proses nyah klasifikasi projek tukar tanah Mindef
Kerajaan digesa mempercepatkan proses nyah klasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Projek Tukar Tanah melibatkan Mindef.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Kemajuan projek LCS: MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC - Adly
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

PAC sasar bentang laporan pengurusan COVID-19 pada sidang Parlimen Okt-Nov
PAC komited untuk membentangkan laporan berhubung Pengurusan Wabak COVID-19 untuk dibahaskan pada sidang Parlimen Okt-Nov.

Bekas pegawai pengawal, KSU perlu hadir prosiding PAC
Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi memastikan jawatankuasa itu dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh.

PAC mahu laporan projek 'land swap' Kementerian Pertahanan dinyahklasifikasi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Laporan Projek 'Land Swap' di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) dinyahklasifikasi.

Kementerian Pertahanan dipanggil perjelas kemajuan LCS kepada PAC September ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Kementerian Pertahanan (Mindef) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pada September ini.

PAC saran Ketua Audit Negara dilantik segera, elak pilih bekas KSU
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyarankan kerajaan melantik Ketua Audit Negara secepat mungkin, dengan mengelak daripada membuat lantikan dalam kalangan bekas KSU.