awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan RTS Link berjalan lancar, dijangka siap hujung tahun ini
UMNO bukan 'pak turut', kerjasama politik tidak bermaksud lemah - Noraini
Athlete Centre pertama di MSN siap beroperasi Februari ini - Dr Taufiq Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes buli kanak-kanak di Johor hampir selesai, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

Bernama
Bernama
19/08/2025
12:55 MYT
Siasatan kes buli kanak-kanak di Johor hampir selesai, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad berkata ia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat berhubung tindakan lanjut, selepas polis mengambil keterangan daripada tujuh individu berhubung kes berkenaan setakat ini. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Siasatan polis berhubung kes buli seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad berkata ia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat berhubung tindakan lanjut, selepas polis mengambil keterangan daripada tujuh individu berhubung kes berkenaan setakat ini.
"Kita akan rujuk terlebih dahulu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan pandangan dan nasihat, mungkin akan ada arahan tambahan bagi melengkapkan siasatan kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak berkenaan dikatakan dibuli di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai, pada Februari dan Ogos lepas sehingga mengalami kecederaan serius, termasuk gegaran otak dan masalah ingatan.
Ibu kanak-kanak itu telah membuat dua laporan, masing-masing di Balai Polis Skudai pada 23 Mac lepas dan Balai Polis Larkin empat hari lepas, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Terdahulu Ab Rahaman meluangkan masa melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital KPJ Pakar Puteri di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan polis
#kes buli
#kanak-kanak di Johor
#dirujuk timbalan pendakwa raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan