KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa tindakan pihak berkuasa memanggil beberapa Ahli Parlimen pembangkang dalam siasatan penerbitan memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebagai satu intimidasi politik.
Dakwanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya menyelesaikan masalah dihadapi rakyat ketika ini dan bukannya digunakan untuk intimidasi politik Ahli Parlimen pembangkang.
"Beberapa Ahli Parlimen selain Datuk Seri Wan Azizah disiasat dan dipanggil hari ini walaupun kes hari ini sebagai mana YB William (peguam) katakan berkait siasatan terhadap buku pada saya ini jelas intimidasi politik.
"Kita melihat salah guna penggunaan aset negara iaitu PDRM yang sepatutnya digunakan menyiasat dan menyelesaikan masalah rakyat," jelasnya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat.
Tambah Nurul Izzah, pelbagai masalah dihadapi rakyat ketika ini yang perlu diselesaikan pihak polis.
Justeru, beliau mengharapkan agar intimidasi politik terhadap ahli politik pembangkang dihentikan.
"Kita tahu pelbagai masalah dihadapi di Malaysia ini dan intimidasi politik seperti ini tidak boleh kita toleransi.
"Jadi saya minta kepada Menteri Dalam Negeri agar menghentikan intimidasi sebegini. Kita ada MoU, fokus kepada perjanjian itu dan keutamaan dalam menyelesaikan isu rakyat dan hentikan intimidasi ini.
"Adalah kurang bijak untuk memanggil Ahli Parlimen Pandan untuk di siasat sebegini. Kita hormati anggota polis mereka lakukan tugasan, tetapi punca kuasa pihak keluarkan arahan harus ambil tanggungjawab, lebih lagi bila berkait dengan buku siasatan ke atas salah seorang peguam di negara kita," jelas Nurul Izzah lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 2.32 petang Jumaat.
Beliau bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat polis itu jam 4.25 petang.
Turut hadir memberikan sokongan terhadapnya, Ahli Parlimen Petaling, Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Fareez Azman
Fri Jan 28 2022

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 2.32 petang Jumaat. - foto Astro AWANI

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Pemilihan PKR: Nurul Izzah tidak bertanding sebarang jawatan
Beliau sebaliknya akan menumpukan usaha menarik pengundi yang masih di atas pagar menjelang PRU15.

Kembali ke politik: 'Saya mahu rakyat ada pilihan' - Rafizi Ramli
Kata Rafizi, rakyat kini seolah-olah hanya mempunyai dua pilihan parti yang hampir sama naratifnya.

Wanita Adalah Rakyat terjemahan solidariti wanita
Wanita Adalah Rakyat merupakan sebuah lagu pop yang menterjemahkan seluruh solidariti dan harapan kepada kaum wanita di seluruh negara.

Nurul Izzah positif COVID-19
Nurul Izzah mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis selepas menerima laporan ujian yang dilakukannya.

Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Satu intimidasi politik, salah guna aset kerajaan' - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya menyelesaikan masalah dihadapi rakyat ketika ini dan bukannya digunakan untuk intimidasi politik Ahli Parlimen pembangkang.

Empati kelebihan pemimpin wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, wanita perlu bekerjasama dan menyokong bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang baik.

KWSP sepatutnya digunakan sebagai pilihan terakhir - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata kerajaan perlu menyediakan dana kerana KWSP adalah hak dan simpanan rakyat.

Vaksin HPV: KKM belum rancang suntik remaja lelaki
Datuk Aaron Ago Dagang berkata buat masa ini, tiada sebarang dasar vaksinasi ditetapkan bagi golongan itu.

Ahli Parlimen segak, anggun berbaju batik di Dewan Rakyat
Antara Ahli Parlimen yang dilihat memakai busana khazanah negara itu ialah Datuk Seri Nancy Shukri (GPS-Batang Sadong), yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Parlimen: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dibentangkan suku pertama 2022
Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan.