awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat

Bernama
Bernama
09/05/2023
07:45 MYT
Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat
Sivakumar berkata tindakan tersebut bagi memastikan kementerian itu dapat berfungsi dengan lancar dan baik. - Gambar fail
BANGI: Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah ditamatkan perkhidmatan.
Sivakumar berkata tindakan tersebut bagi memastikan kementerian itu dapat berfungsi dengan lancar dan baik.
"(Pemencatan) itu memang ada kerana nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bersama Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media sebelum ini yang mendakwa lima pegawainya dipecat serta-merta susulan penahanan beberapa orang pegawai kanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing, April lepas.
BACA: Isu pekerja asing: SPRM rakam percakapan Sivakumar kali kedua pada Isnin
Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata sejumlah 21,534 kes kecederaan pekerjaan direkodkan di negara ini pada 2021 iaitu menurun 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya daripada jumlah tersebut, sebanyak 301 kes melibatkan kematian.
Menurutnya penurunan kadar kecederaan pekerjaan itu disebabkan peningkatan kesedaran pelbagai pihak berpentingan mengenai keperluan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik.
Mengenai GLC OSH Summit, Sivakumar berkata ia merupakan kali pertama dianjurkan bersama syarikat berkaitan kerajaan sekali gus menandakan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam memastikan tenaga kerja sentiasa dalam keadaan selamat serta kesihatan mereka terjaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Sumber Manusia
#SPRM
#pekerja asing
#pegawai dipecat
#V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan