KUALA LUMPUR: Siasatan kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan perlu diambil alih Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta-merta.
Menurut Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub, siasatan itu perlu dilakukan oleh satu pasukan khas PDRM agar siasatan telus dan dibuat secara menyeluruh.
"Harapkan pagar, pagar makan padi! Inilah perumpamaan yang tepat buat kes terbaru melibatkan kecurian barang kes wang tunai USD6 juta oleh pegawai dalaman SPRM sendiri.
"Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki harus dipertanggungjawab dan digantung tugas sepanjang siasatan berjalan.
"Penyiasatan kes ini juga mestilah diambil alih serta merta oleh satu pasukan khas PDRM agar siasatan telus dan menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kewujudan kes sedemikian menjadikan tuntutan Rasuah Busters dan gabungannya untuk reformasi secara struktural di mana SPRM dan Peguam Negara dibebaskan daripada kuasa politik dan diletakan di bawah Parlimen, perlu dilaksanakan dengan segera.
“Kami juga mahu Ahli-ahli Parlimen dan kerajaan meluluskan segera enam tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang kami umumkan pada 11 September lepas,” ujarnya.
BACA: SPRM sahkan penahanan tiga pegawai berhubung dakwaan salah guna kuasa
Terdahulu, tular laporan di sebuah blog mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai AS$6 juta milik seorang individu yang disiasat badan itu.

Wang tunai tersebut didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Individu terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas, namun mendakwa hanya tinggal sebahagian dengan selebihnya adalah wang palsu.
SPRM kemudian mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.
Menurut kenyataan pada Isnin, ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021.