awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sahkan penahanan tiga pegawai berhubung dakwaan salah guna kuasa

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
02:00 MYT
SPRM sahkan penahanan tiga pegawai berhubung dakwaan salah guna kuasa
SPRM mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.
Menurut kenyataan pada Isnin, ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021.
SPRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.
SPRM dalam pada itu menegaskan ia tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.
Sebelum ini, tular laporan di sebuah blog mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai AS$6 juta milik seorang individu yang disiasat badan itu.
Wang tunai tersebut didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Individu terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas, namun mendakwa hanya tinggal sebahagian dengan selebihnya adalah wang palsu.
Topic Berkaitan
#SPRM
#tahan tiga pegawai SPRM
#Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
#dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan