Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan meminta Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan berhubung sumbangan derma membuktikan badan itu menjalankan siasatan tanpa sekatan mana-mana pihak.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, ia sekali gus memberi gambaran tidak ada sebarang isu yang hendak disembunyikan Perdana Menteri atau SPRM sendiri.
"Ia juga mengembalikan keyakinan rakyat dalam siasatan yang dijalankan SPRM selama ini.
"Siasatan akan lebih sempurna, lebih menyeluruh dan ini membuktikan SPRM sedang menjalankan siasatan dengan telus.
"Ini membuktikan tidak ada apa hendak disembunyikan," katanya semasa sidang media selepas selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda BN di PWTC di sini hari ini.
Sebelum ini SPRM mengeluarkan kenyataan yang meminta Najib memberi penjelasan berhubung sumbangan derma bernilai RM2.6 bilion yang diterimanya.
Jelas kenyataan itu, siasatan mendapati sumbangan ke atas akaun milik Najib adalah derma yang disumbangkan oleh pihak dari Timur Tengah.
Sebelum ini, SPRM memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.
Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 06 2015
KHAIRY: Siasatan akan lebih sempurna, lebih menyeluruh dan ini membuktikan SPRM sedang menjalankan siasatan dengan telus.
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.