awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan terhadap Exco Kedah: "Biar SPRM jalankan tugas" - Menteri Besar

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/06/2022
05:35 MYT
Siasatan terhadap Exco Kedah: "Biar SPRM jalankan tugas" - Menteri Besar
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor gesa semua pihak memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana yang turut melibatkan salah seorang Exco negeri Kedah. - Gambar fail
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggesa semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang turut melibatkan salah seorang Exco di negeri itu.
Menurut beliau, mana-mana pihak khususnya wartawan yang berhasrat bertanya lanjut mengenai isu berkenaan boleh merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang disifatkan beliau, 'over' (melampau) dalam perkara ini.
Muhammad Sanusi dalam masa sama menolak gesaan dan cabaran yang dibuat bekas Exco kerajaan negeri Kedah itu bagi mendedahkan nama individu yang terlibat selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak signifikan.
"Saya baca, Asmirul yang tulis cerita itu, kena pi tanya Asmirul, saya tidak ada jawapan… saya tidak terima cabaran dia (untuk dedahkan nama pelaku). \
"Cabaran itu tidak signifikan, buat apa saya nak bising-bising (dan mendahului SPRM), biar agensi (itu) buat kerja…,dia (Asmirul) pun nampak ‘over’ sikit, nak suruh orang bercakap, kena pi tanya dia," bidas Muhammad Sanusi,
Menteri Besar itu berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, di Stargate di sini, pada Khamis.
Minggu lalu, SPRM dilaporkan sedang menyiasat satu kes melibatkan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi di Kedah.
Utusan Malaysia yang memetik sumber memaklumkan, langkah itu turut melibatkan siasatan terhadap portfolio dipegang salah seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco Kedah.
Asmirul dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya menggesa Muhammad Sanusi membuat kenyataan akhbar menafikan wujudnya sebarang salah laku Exco Kedah terbabit dengan terus memberikan kerjasama sebaik-baiknya kepada SPRM menjalankan siasatan selain mendedahkan nama individu terlibat.
Topic Berkaitan
#SPRM siasat
#exco Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Asmirul Anuar Aris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan