Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini, akan menjalankan siasatan terperinci bagi mencari punca kegagalan sistem hingga lebih 1,000 pelancong terkandas, semalam.
Anggota lembaga Panorama Langkawi Datuk Azizan Noordin berkata walaupun kegagalan sistem gelangsar telah dikenal pasti sebagai punca perkhidmatan kereta kabel itu tergendala, namun siasatan terperinci melibatkan bahagian-bahagian kabel akan dilaksanakan bagi memastikan perkara tidak diingini berulang pada masa depan.
"Kami akan menjalankan pemeriksaan (untuk mengetahui punca kegagalan sistem)," katanya kepada pemberita selepas melawat pelancong terkandas awal pagi ini.
Berdasarkan kiraan terakhir, sebanyak 1,048 pelancong dan 78 kakitangan syarikat kereta kabel terkandas kira-kira tujuh jam sebelum berjaya diselamatkan secara berperingkat antara 9 malam hingga 12 tengah malam tadi.
Insiden yang dilaporkan bermula pada 5.48 petang sehingga menjejaskan sistem kereta kabel itu dikatakan terburuk pernah berlaku sejak ia mula diperkenalkan sebagai produk pelancongan Langkawi pada 2002.
Azizan, yang juga ketua pegawai eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), berkata pasukan teknikal Panorama Langkawi mula menggerakkan sistem secara manual kira-kira 9 malam untuk membolehkan 88 pelancong yang terkandas dalam 16 gondola diturunkan ke stesen pangkalan.
Beliau berkata penggerak manual yang hanya dibenarkan untuk pergerakan minimum kereta kabel itu mampu menurunkan beberapa pelancong hingga stesen pertengahan sambil memberi alternatif kepada pihaknya mendapatkan alat ganti untuk dipasang bagi memulihkan sistem sepenuhnya.
"Seluruh sistem berjaya dipulihkan kira-kira 11 malam bagi membolehkan kita mula memindahkan semua pelancong dan kakitangan yang terkandas," katanya.
Beliau berkata kejadian itu turut menguji keberkesanan pasukan pengurusan krisis di pulau itu, yang antara lain melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa badan bukan kerajaan.
Beliau berkata pasukan Bomba dan Penyelamat telah bergabung dengan unit teknikal Panorama Langkawi dengan mendaki lebih 600 meter sebelum tiba ke stesen tengah kereta kabel, iaitu sebagai alternatif pertama untuk membawa bahagian gantian gelangsar yang gagal.
Azizan berkata di stesen pangkalan, pihaknya mengedarkan makanan dan minuman serta tuala sejuk kepada pelancong yang berjaya tiba bertujuan memberi kesegaran kepada mereka bagi pengolahan haba kerana berada di dalam gondola untuk masa yang lama.
Beliau berkata PDRM menerusi Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Che Ghazali Che Awang turut menyediakan dua bas polis bagi membantu membawa mangsa pulang ke penginapan masing-masing.
"Selain itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah (Nor Saidi Nanyan) dan wakil Cina Langkawi (Datuk Chen Lai Ping) juga berada di lokasi kejadian bagi menenangkan hati mangsa dan sebahagian besar pelancong dari China," katanya.
Beliau berkata bantuan itu juga melibatkan penginapan tambahan dan mengatur tiket penerbangan untuk pelancong yang terlepas penerbangan pulang disebabkan kejadian itu.
"Alhamdullilah, cuaca baik dengan keadaan angin rendah juga memudahkan operasi memindahkan semua pelancong dan kakitangan," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 19 2018
Walaupun kegagalan sistem gelangsar telah dikenal pasti sebagai punca perkhidmatan kereta kabel itu tergendala, namun siasatan terperinci masih akan dijalankan. - BERNAMA/Fail
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Khidmat kereta kabel dicadang sebagai penghubung di tanah tinggi Borneo
Penduduk Tanah Tinggi Borneo dan berhampiran Empangan Bengoh dekat sini telah mencadangkan supaya perkhidmatan kereta kabel digunakan sebagai kemudahan pengangkutan di kawasan mereka.
Pembida projek kereta kabel Bukit Bendera akan diumum hujung tahun ini
Kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan model perniagaan dan kewangan seperti melakukan projek-projek nilai tambahan.
Tiga maut dalam kemalangan kereta kabel di India
Tiga terbunuh dan berpuluh-puluh lagi diselamatkan dalam kemalangan kereta kabel di Jharkhand, India.
Operasi mengalih serpihan kereta kabel digiatkan
Pihak bomba memotong bahagian kabin kereta kabel itu sehingga menjadi kepingan yang mudah untuk dibawa turun.
Tiga suspek insiden kereta kabel terhempas dibebaskan dari penjara
Hakim, Donatella Banci Buonamici dalam hujahannya berkata tiada langsung bukti yang boleh dikenakan terhadap Nerini dan Perocchio.
Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.
Sistem kereta kabel baharu Bukit Bendera bakal pacu sektor pelancongan Pulau Pinang
Projek berkenaan masih akan tertakluk kepada kajian kemungkinan teknikal yang menyeluruh dan memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa.
Tanzania mahu bina kereta kabel di Gunung Kilimanjaro, ada pihak tidak senang hati...
Dengan adanya perkhidmatan kereta kabel, bilangan pelancong dijangka meningkat sehingga 50 peratus.
Bilangan pelancong menaiki Langkawi SkyCab terus meningkat
Perjalanan menaiki kereta kabel yang menjadi tarikan utama pelancong di pulau ini sejak lebih 15 tahun lepas, disasarkan untuk menerima 1.5 juta pengunjung.
Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci kereta kabel dikemukakan segera
Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali sistem kereta kabel Langkawi SkyCab digesa mengemukakan laporan siasatan berhubung kegagalan sistem kereta kabel dengan segera kepada kerajaan negeri.