KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang memasuki hari ketiga berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung.
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, acara yang menyaksikan pemain industri merentas sektor termasuk persidangan berkaitan landskap ekonomi dan pelaburan di Asia Tenggara itu menerima sambutan luar biasa.
"Ini kerana kita juga membawa international buyers lebih kurang 380 daripada pelbagai negara untuk meneroka apakah produk yang ditawarkan sepanjang SIBS berlangsung.
"Contohnya bagi produk makanan dan minuman, kita ada pengimport dari negara lain, ada supermarket operators bukan sahaja yang beroperasi di Malaysia malah di luar negara yang akan meninjau produk yang export ready untuk dibawa ke pasaran Malaysia," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau memaklumkan Invest Pahang turut membawa pelbagai projek yang akan diteroka beberapa syarikat di negeri itu.
Ini termasuk menandatangani pelbagai memorandum persefahaman (MOU) perjanjian nilai potensi pelaburan transaksi menjangkau RM2 bilion.
Dalam masa sama, beliau juga memaklumkan perolehan nilai pelaburan sebanyak RM2.9 bilion pada hari pertama SIBS berlangsung.
"Kita tahun ini sasarkan potensi perniagaan sebanyak RM1.5 bilion sehingga semalam sudah mencecah sekitar RM4 bilion lebih," katanya teruja.
Acara selama empat hari itu merangkumi keseluruhan lapan dewan ekspo dan dua dewan persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dibuka kepada orang ramai esok.
Sempena hari terakhir esok, SIBS 2023 turut menampilkan expo pameran digital, produk makanan dari beberapa negeri serta penampilan Selangor International Coffee Week yang menawarkan pertunjukan pembuatan kopi antara yang menjadi tumpuan ramai.
Faida Rahim
Sat Oct 21 2023
Acara selama empat hari itu merangkumi keseluruhan lapan dewan ekspo dan dua dewan persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dibuka kepada orang ramai esok. - Astro AWANI
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini - PM Anwar
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
MIDF Research unjur KDNK 2025 Malaysia berkembang kepada 4.6 peratus
2025 dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.