SIBS 2025 catat RM8.17 bilion, kukuh kedudukan Selangor sebagai hab pelaburan serantau

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari Idris ketika memberi ucaptama di SIBS 2025. - Foto Invest Selangor
SHAH ALAM: Empat hari yang penuh dengan dinamik di Selangor International Business Summit 2025 (SIBS 2025) mencatatkan nilai potensi transaksi sebanyak RM8.17 bilion, sekaligus mengukuhkan kedudukan negeri Selangor sebagai salah satu hab perniagaan dan pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.
Ringkasan AI
- Empat hari yang penuh dengan dinamik di Selangor International Business Summit 2025 (SIBS 2025) mencatatkan nilai potensi transaksi sebanyak RM8.17 bilion, sekaligus mengukuhkan kedudukan negeri Selangor sebagai salah satu hab perniagaan dan pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.
- Diadakan dari 8 hingga 11 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre, acara penganjuran oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diuruskan oleh Invest Selangor Berhad ini menyaksikan penyertaan luas dengan sebanyak 740 reruai pameran, 581 peserta pameran dari pelbagai negara Asia-Pasifik dan 10 negeri.
- Dengan kehadiran 56,938 pengunjung dari 89 negara diikuti 179 penceramah dan 5,810 peserta persidangan, SIBS tahun ini menunjukkan profil antarabangsa yang semakin menonjol.
- Selangor Investment & Industrial Park (SPARK) 2025
- Selangor ASEAN Business Conference (SABC) 2025
- Selangor International F&B Expo (SIE F&B) 2025
- Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) 2025
- Selangor Aerospace Summit (SAS) 2025
- Selangor International Care Summit (SICS) 2025

Laporan pasca-acara SIBS 2025 mencatatkan jumlah kehadiran pengunjung yang ramai. - Foto Invest Selangor
Dengan kehadiran 56,938 pengunjung dari 89 negara diikuti 179 penceramah dan 5,810 peserta persidangan, SIBS tahun ini menunjukkan profil antarabangsa yang semakin menonjol.
SPARK mencatat nilai tertinggi iaitu RM6.96 bilion, diikuti SABC (RM844 juta), SIE F&B (RM96.97 juta), SDEC (RM208 juta), SAS (RM52.07 juta) dan SICS (RM5.1 juta).
Antara sorotan utama SIBS 2025 ialah pelbagai Memorandum Persefahaman (MoUs) yang berjaya ditandatangani sekaligus memantapkan peranan SIBS sebagai pemangkin pelaburan strategik dan kerjasama antara industri.
Antara Memorandum Persefahaman (MOUs) tersebut adalah seperti berikut:
- Tujuh MoU ditandatangani semasa SPARK 2025 antara rakan strategik Invest Pahang dengan syarikat pelabur, tertinggi di kalangan negeri lain untuk projek Jerantut Square Development RM130 juta di Pahang.
- Satu kolaborasi antara Worldwide Holdings Berhad (melalui anak syarikatnya) dengan dua syarikat tempatan untuk pembangunan Green Hydrogen Hub RM20 juta di Batang Kali, Selangor sekaligus selari dengan agenda tenaga hijau dan dekarbonisasi Malaysia.
- Semasa SABC 2025, MoA bernilai RM844 juta antara Malaysia Chamber of Commerce Indonesia dan Asosiasi Badan Usaha Pelabuhan Indonesia (ABUPI) dalam sektor maritim dan pelabuhan. Di SIE F&B, kerjasama antara Anramin Industry (M) Sdn Bhd dan Noh Jubril Educational Concept Ltd. (MoU RM100,000) untuk inovasi produk dan pasaran antarabangsa.
- Dalam SDEC, MoU antara Oppstar Berhad dan AsicAI Co. (RM50 juta) dalam reka bentuk IC dan penyelesaian semikonduktor bagi menyokong ekosistem deep-tech di Selangor.
- SAS menyaksikan MoU antara Pecca Aviation Services Sdn Bhd (PASSB) dan Betamek Research Sdn Bhd (BRSB) (RM50 juta) bagi pengembangan teknologi kabin pesawat dan kejuruteraan rekabentuk.
- SICS pula melibatkan MoU antara Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dengan UNIUNI dari Korea Selatan dan Hayat Technologies (RM1.85 juta) untuk teknologi alat bantu dan inovasi penjagaan di Malaysia.

Laporan pasca-acara SIBS 2025 turut menyaksikan beberapa pelabur dan pengunjung berkongsi pandangan positif berhubung acara tersebut. - Foto Invest Selangor
Pengunjung dan pelabur memuji SIBS sebagai platform jaringan yang kondusif bagi rangkaian perniagaan.
“Ia peluang yang sangat baik untuk memahami potensi industri Malaysia serta kekuatan ekosistemnya,” kata Christophe Vleic dari JLL Appraisal & Property Services Sdn. Bhd.
“Menarik melihat pelbagai inovasi baharu yang dibawa ke Selangor setiap tahun. Sidang ini membuka ruang tanpa had untuk kerjasama dan pertumbuhan masa depan,” ujar Jeremy Chan dari Mindwave Studio.
Dengan penekanan terhadap pelaburan, perdagangan, transformasi digital dan pertumbuhan mampan, SIBS 2025 terus memposisikan Selangor sebagai “Gateway to ASEAN” dan secara langsung menjadi jambatan perniagaan serantau serta pelabur global melalui inovasi, perkongsian dan peluang.
Untuk maklumat lanjut tentang SIBS, layari www.selangorsummit.com atau ikuti media sosial @selangorsummit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


