KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas yang menyaksikan 17 rang undang-undang diluluskan.
Sepanjang persidangan itu, Dewan Negara meluluskan antaranya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024, Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024, Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024.
Turut diluluskan, Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 dan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023.
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dalam ucapan penutupnya berkata sesi pertamanya sebagai Yang di-Pertua juga melakar sejarah apabila suatu pindaan substantif di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, Dewan Negara turut dipersetujukan.
"Ini mencerminkan kewibawaan dewan yang mulia ini dalam memainkan peranan semak dan imbang terhadap proses penggubalan undang-undang negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam proses ini khususnya kepada Yang Berhormat Senator sekalian," katanya.
Dalam pada itu, Mutang berkata penglibatan sangat aktif oleh Ahli Dewan Negara dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan rang undang-undang amat membanggakan dengan komitmen yang sangat tinggi, meningkatkan kredibiliti Dewan dan membuka mata awam bahawa Dewan ini bukanlah 'rubber stamp' semata-mata.
Mengikut rekod, seramai 52 senator telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang menyentuh isu nasional dan berkepentingan rakyat secara menyeluruh melibatkan 28 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri.
"Sejumlah 46 orang iaitu lebih kurang 87 peratus dalam kalangan ahli mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas 17 rang undang-undang yang telah dipersetujukan," katanya.
Sementara itu, Mutang turut mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara yang tersayang buat mereka yang beragama Islam.
"Saya menyarankan agar kita semua merancakkan lagi semangat muhibah sesama kita dengan saling kunjung-mengunjungi di musim perayaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
![Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712240478_MutangTagal.jpg)
Mutang berkata sesi pertamanya sebagai Yang di-Pertua juga melakar sejarah apabila suatu pindaan substantif di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, Dewan Negara turut dipersetujukam. - Gambar fail/Bernama
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712411940_MZB.jpg)
Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar
Gerakan #MZB365 yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak.
![Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712240478_MutangTagal.jpg)
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
![Semangat muhibah, cintakan negara perlu bersekali demi kekalkan perpaduan masyarakat majmuk Semangat muhibah, cintakan negara perlu bersekali demi kekalkan perpaduan masyarakat majmuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598502207_RamlahAdam.jpg)
Semangat muhibah, cintakan negara perlu bersekali demi kekalkan perpaduan masyarakat majmuk
Semangat muhibah dan rasa sayang serta cinta pada negara, perlu hadir dan diterapkan bersekali dalam diri setiap rakyat Malaysia.
![Semangat muhibah di kalangan masyarakat penting untuk pupuk perpaduan Semangat muhibah di kalangan masyarakat penting untuk pupuk perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81456414677_JosephKurup.jpg)
Semangat muhibah di kalangan masyarakat penting untuk pupuk perpaduan
Jika semangat muhibah ini tidak dijaga, ia akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mengeksploitasi kestabilan sosial di negara ini.