awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPK SPRM berperanan penting sampaikan mesej positif

Bernama
Bernama
04/07/2025
13:45 MYT
PPK SPRM berperanan penting sampaikan mesej positif
Pegawai perhubungan komunikasi (PPK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan penting untuk bersama-sama Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) menghasilkan satu bentuk komunikasi yang efektif. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pegawai perhubungan komunikasi (PPK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan penting untuk bersama-sama Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) menghasilkan satu bentuk komunikasi yang efektif.
Pengarah BKS SPRM Hisyam Mohd Yusoff berkata PPK berfungsi sebagai penghubung penting dalam memastikan mesej yang disampaikan sama ada di media arus perdana mahupun media sosial dapat difahami serta diterima positif oleh masyarakat.
"Kita berharap PPK yang dilantik dapat meningkatkan minat, menonjolkan bakat dan memberi sumbangan kepada SPRM secara berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Hisyam menghadiri Majlis Penutupan Program Pemantapan Pengurusan Bersama PPK Bahagian dan Negeri SPRM di sini, yang menyaksikan penyertaan seramai 40 pegawai dari seluruh negara.
Menerusi program tiga hari bermula Rabu, pegawai SPRM diberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan media dan meningkatkan keupayaan dalam aspek penyediaan laporan dalam bentuk penulisan berita serta rencana.
Hisyam berkata BKS turut merancang untuk memberi latihan penulisan kepada pegawai SPRM di negeri mengikut zon pada tahun ini.
Program itu turut mendapat bimbingan Penolong Editor Meja Rencana dan Isu Semasa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Erda Khursyiah Basir yang berkongsi teknik penulisan bagi penghasilan berita dan rencana.
Modul pembelajaran berkenaan menekankan aspek penggunaan bahasa yang jelas dan padat untuk memastikan mesej disampaikan dengan berkesan.
Pada akhir program, pegawai-pegawai BKS turut berkongsi berkenaan format dan gaya penulisan laporan berita bagi tujuan hebahan dalaman dan media agar menepati piawaian penerbitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPK SPRM
#pegawai perhubungan komunikasi
#Media
#mesej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan