NATIONAL
Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR

Kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor telah dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei 2025.
Ringkasan AI
- PdPR untuk 71 Sekolah: KPM membenarkan 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dari 26 hingga 28 Mei kerana penutupan jalan dan kawalan keselamatan semasa sidang kemuncak.
- Kelangsungan Pembelajaran: KPM menegaskan pengalaman PdPR semasa pandemik dan bencana boleh memastikan murid, guru, dan warga sekolah tidak terjejas, sambil menjaga kesejahteraan mereka.
- Sidang Kemuncak ASEAN: Sidang ini diadakan di KLCC pada 26 dan 27 Mei, dengan penyertaan 10 pemimpin ASEAN bagi membincangkan isu serantau serta memperkukuh kerjasama ekonomi dan kelestarian.
“Kebenaran PdPR ini adalah langkah proaktif bagi mengurangkan sebarang gangguan terhadap sesi pembelajaran, selain menjaga kebajikan dan keselamatan warga sekolah,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan tersebut.
Dalam pada itu, ibu bapa, penjaga, murid serta guru dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan pelaksanaan PdPR di sekolah mereka.
Malah, KPM turut menyatakan keyakinan bahawa pengalaman terdahulu dalam pelaksanaan PdPR, sama ada semasa pandemik COVID-19 mahupun ketika bencana alam, akan dapat memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
"Kementerian komited untuk memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara sambil mengekalkan kualiti pendidikan meskipun dalam situasi luar jangka seperti ini," ujarnya lagi.
Sebelum ini, media melaporakan, Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung ini akan menghimpunkan seramai 10 pemimpin negara bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula 1 Jan 2025 dengan mengangkat tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ yang mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami