awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 13,000 anggota PDRM, JIM bertugas pastikan kelancaran dan keselamatan

Bernama
Bernama
30/09/2025
07:00 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 13,000 anggota PDRM, JIM bertugas pastikan kelancaran dan keselamatan
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang berlangsung di Kuala Lumpur, bakal menghimpunkan pemimpin dunia termasuk dari Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Jepun, Korea serta negara anggota ASEAN.
PUTRAJAYA: Seramai 10,492 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 3,000 anggota Jabatan Imigresen (JIM) ditugaskan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini bagi memastikan kesiapsiagaan keselamatan di tahap tinggi serta kelancaran di pintu masuk negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, persiapan sidang kemuncak itu, yang dijangka dihadiri pemimpin utama dunia antaranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, berlangsung dengan baik.
"Persiapan telah dibuat, saya telah diberikan taklimat oleh JIM untuk pastikan kelancaran, persiapan kita cukup rapi... ada enam modul latihan dan kita hantar anggota kita kursus di Institut Tadbiran Awam Negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menyediakan beberapa laluan di pintu masuk utama bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi dan pemimpin yang akan menyertai acara terbesar negara itu.
"Semua dah selesai, kita telah mengenal pasti pintu masuk laluan premier dan fast track... langkah selanjutnya adalah pastikan bahawa semua yang kita rancang atas kertas itu berjalan dengan cantik," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang berlangsung di Kuala Lumpur, bakal menghimpunkan pemimpin dunia termasuk dari Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Jepun, Korea serta negara anggota ASEAN.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#PDRM
#JIM
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan