KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang bakal berlangsung memberi peluang besar kepada Malaysia untuk memajukan agenda ekonominya melalui Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Bendahari Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Dr AT Kumararajah berkata, Amerika Syarikat (AS), sebagai sumber terbesar pelaburan langsung asing dalam blok 10 anggota itu, pastinya turut berminat untuk mengeksploitasi kelebihan yang diperoleh daripada perjanjian perdagangan besar itu.
"Malaysia adalah penerima manfaat terbesar perjanjian itu...," katanya dalam program 'The Nation' Bernama TV bertajuk Sidang Kemuncak AS-ASEAN di sini, hari ini.
RCEP adalah perjanjian yang dicadangkan dalam kalangan negara anggota ASEAN dan rakan kongsi perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan perjanjian itu antara lain meliputi perdagangan barangan dan perkhidmatan serta harta intelek.
RCEP meletakkan rantau Asia-Pasifik sebagai pusat tumpuan baharu untuk perdagangan global, dengan jumlah perdagangan dijangka meningkat hampir US$42 bilion.
Dalam ASEAN, Malaysia dijangka menjadi penerima terbesar manfaat melalui perjanjian itu daripada segi keuntungan dalam eksport yang diunjurkan akan meningkat US$200 juta.
Sidang kemuncak khas itu menandakan ulang tahun ke-45 dialog ASEAN-AS dan sidang kemuncak khas kedua yang dihoskan oleh Presiden AS di AS selepas presiden ketika itu Barack Obama menyambut kehadiran pemimpin ASEAN di California pada Feb 2016.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington D.C. dari 12 hingga 13 Mei.
Dr Kumararajah berkata, kehadiran Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan pada sidang kemuncak itu akan memastikan agensi AS lebih memahami komitmen yang dibuat Malaysia terhadap amalan buruh paksa.
"Malaysia akan pulang dengan hasil yang baik (daripada sidang kemuncak), harap akan ada keputusan segera yang baik mengenai buruh manusia, pemerdagangan manusia dan isu buruh paksa...," katanya. - BERNAMA
Video berkaitan:
Bernama
Wed May 11 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) tiba di Pangkalan Udara Andrew, Washington D.C untuk lawatan kerja empat hari pada Selasa (Rabu di Malaysia). - Gambar BERNAMA
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.