awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC: Sheikh Tamim, Sayyid Asaad tiba di Malaysia

Bernama
Bernama
26/05/2025
15:50 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC: Sheikh Tamim, Sayyid Asaad tiba di Malaysia
Sayyid Asaad bin Tarik al Said serta delegasi tiba pada 7.50 malam dan disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Duta Besar Oman ke Malaysia Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi. - Gambar Bernama
SEPANG: Pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dari Qatar dan Oman tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan, di Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 9.52 malam dan disambut oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri untuk Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Kerjasama Oman Sayyid Asaad bin Tarik al Said serta delegasi tiba pada 7.50 malam dan disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Duta Besar Oman ke Malaysia Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi.
Sayyid Asaad mengetuai delegasi negara itu bagi pihak Sultan Oman Haitham Tarik.
Sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, kedua-dua pemimpin kemudian memeriksa kawalan kehormatan 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Firdaus Mat Hayin.
Qatar dan Oman merupakan anggota GCC termasuk Bahrain, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, yang kali pertama diadakan di Riyadh dua tahun lepas, berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama antara Asia Tenggara dengan rantau Teluk.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan pada 26 dan 27 Mei di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan", turut menyaksikan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#GCC
#KLIA
#ASEAN25
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan