KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Dhaka, Bangladesh melabuhkan tirainya semalam dengan Deklarasi Dhaka 2021, yang antara lain mengambil maklum mengenai dua isu utama dihadapi manusia iaitu peperangan terhadap pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia ke sidang secara maya pada Khamis, yang didahului dengan Sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri D-8 ke-19 pada Rabu, yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, dan sesi Mesyuarat Pesuruhjaya D-8 ke-43 pada Isnin dan Selasa.
Negara anggota juga mempertimbangkan penubuhan Tabung Penyakit Pandemik dalam usaha untuk melawan penyakit kronik seperti COVID-19, dan mengarahkan kesemua Kementerian Kesihatan dan institusi awam/swasta untuk menggunakan sepenuhnya makmal yang serba lengkap sedia ada dan pusat kajian untuk penyakit pandemik.
Dalam deklarasi mereka, kumpulan lapan negara itu memanggil negara anggota untuk bekerjasama dalam perbincangan dengan syarikat farmasuetikal antarabangsa yang menghasilkan vaksin COVID-19, dalam memberikan kelebihan dari segi kuantiti dan harga, untuk kesemua Negara Anggota D-8.
Mereka juga memuji peranan penting Menteri Luar Indonesia sebagai Pengerusi Bersama COVAX AMC EG, dalam memastikan akses yang selamat dan sama kepada vaksin untuk semua, kerana tiada satu ekonomi pun yang boleh pulih sepenuhnya, sehingga global mendapat akses vaksin yang adil.
Negara anggota juga mengalu-alukan cadangan Bangladesh untuk pembentukan Kumpulan Kerja D-8, bagi menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, dengan mengenal pasti cabaran dalam perdagangan dan pelaburan, dengan negara itu menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama.
Berkaitan perubahan Iklim, kumpulan itu mengulangi kenyataan bahawa perubahan iklim merupakan satu cabaran terbesar masa kini dan menyatakan kebimbangan menenai pelepasan gas rumah hijau terus meningkat di seluruh dunia.
Negara-negara membangun terutamanya, menghadapi masalah terhadap impak buruk akibat perubahan iklim dan telahpun mula mengalami peningkatan terhadap impak itu, yang secara terus mengancam keselamatan makanan, ketersediaan air dan mata pencarian.
Negara anggota menyedari risiko besar yang dihadapi akibat perubahan iklim terhadap kesihatan dan menekankan mitigasi dan penyesuaian terhadap perubahan iklim merupakan keutamaan global yang segera dan mendesak.
Mereka menyuarakan komitmen mereka untuk menggabungkan usaha, dalam mencapai adaptasi yang sesuai terhadap perubahan iklim menerusi 'Climate Vulnerable Forum' (CVF) dalam usaha untuk mengurangkan kesan buruk terhadap penduduk di negara-negara membangun.
Kumpulan itu turut memperakukan kerja cemerlang yang telah dilakukan Sekteriat D-8 dan menghargai usaha yang telah dilakukan Duta Besar Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dari Malaysia, yang merupakan Setiausaha Agung D-8 sejak tiga tahun lepas.
Mereka turut mengalu-alukan pencalonan Duta Besar Nigeria Isiaka Abdulkadir Imam sebagai Setiausaha Agung D-8 yang seterusnya.
Mereka turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan atas kepimpinan, komitmen dan usaha gigih dalam mempromosikan objektif D-8 sewaktu menjadi Pengerusi D-8 serta kerajaan dan rakyat Banglasesh atas kejayaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ke-10.
Kumpulan itu mengalu-alukan tawaran kerajaan Mesir untuk menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak D-8 ke-11 pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Negara Anggota D-8 adalah Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki dengan sekteriat kumpulan itu berpusat di Istanbul, Turki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan secara maya pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8). - Foto BERNAMA
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Sidang Kemuncak D-8 berakhir dengan Deklarasi Dhaka
Sidang Kemuncak Kumpulan D-8 melabuhkan tirainya dengan Deklarasi Dhaka 2021.