awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/03/2021
06:19 MYT
Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin - Khairy
Jelas Khairy, setakat ini kerajaan masih memperhalusi cadangan untuk memberikan sijil digital kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan sijil pengecualian kepada mana-mana individu yang tidak boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi menggantikan pasport vaksin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau kurang daya tahan jangkitan.
Jelas beliau, kerajaan akan berlaku adil kepada kumpulan individu tersebut sebagai pemakluman kepada negara luar.
"Namun demikian disebabkan atas prinsip keadilan bagi mereka yang tidak boleh menerima suntikan, sebagai contoh disebabkan immunocompromised (kurang daya tahan jangkitan) atau alahan yang serius, mereka juga sedang difikirkan bagaimana sijil pengecualian boleh diberikan kepada mereka.
"(Sebagai makluman bahawa) mereka tidak dapat diberikan vaksin dan bukan mereka memilih untuk tidak diberikan vaksin," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PSV) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Profesor Dr Nazirah Hasnan.
Wujud kebimbangan mengenai pasport vaksin
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Jelas Khairy, setakat ini kerajaan masih memperhalusi cadangan untuk memberikan sijil digital melalui MySejahtera kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
"Sistem itu akan kita berikan maklumat kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan negara-negara lain supaya dapat mengiktiraf sistem kita," jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19.
Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Dr. Michael Ryan, setakat ini agensi kesihatan itu menyarankan supaya pasport vaksin tidak dilaksanakan buat masa ini.
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Topic Berkaitan
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan