Skip to main content

Dunia

23 terbunuh, lebih 100 cedera dalam letupan di Nigeria

A Nigerian police truck stands at the deserted Maiduguri Monday Market the morning after multiple explosions struck the northeastern city of Maiduguri, Borno State, Nigeria, March 17, 2026. REUTERS/Ahmed Kingimi
Sekurang-kurangnya 23 orang disahkan maut dan 108 yang lain cedera dalam tiga letupan pada petang Isnin yang menggegarkan bandar timur laut Maiduguri, Nigeria. - Foto REUTERS/Ahmed Kingimi

ABUJA: Sekurang-kurangnya 23 orang disahkan maut dan 108 yang lain cedera dalam tiga letupan pada petang Isnin yang menggegarkan bandar timur laut Maiduguri, Nigeria, lapor Xinhua.

Jurucakap polis Negeri Borno berkata dalam kenyataan pada Selasa, pengebom berani mati disyaki meletupkan bahan letupan buatan sendiri di Pasar Isnin Maiduguri, pintu masuk Hospital Pengajaran Universiti Maiduguri dan kawasan Jejambat Pejabat Pos, memetik siasatan awal.

Advertisement

Gabungan pasukan keselamatan segera dikerahkan untuk mengamankan kawasan yang terjejas dan mencegah ancaman selanjutnya.

Jurucakap mengesahkan keadaan telah pulih dengan langkah keselamatan dipertingkatkan kini dilaksanakan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

 

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video